Rabu, 5 Disember 2012

--->>>>Ia kembaL!

Keseorangan lagi aku pada malam ini didalam bilik,
Kawan sebilikku seperti biasa keluar bersama kekasihnya,
Mana tidaknya sudah tidak lama lagi untuk menamatkan pelajaran,
Katanya "sudah tidak lama berada di Kuala Lumpur,
Ingin menghabiskan saat-saat yang masih ada ini untuk bersama orang yang disayangi",
Dan aku hanya mampu berkata "ok, sambil tersenyum",
Hatiku pula menanyakan "adakah aku sepertinya, jika aku mempunyai kekasih hati sepertinya???
aaaarrrgggghhhh!!!! apa yang engkau merepek ini hati???
Tidak ku sangka, aku tersenyum sendirian...

Malam ini berbeza dari malam-malam yang lain,
Selalunya aku akan menaipkan sesuatu pada blog ini di meja studyku,
Pada malam ini pula aku menukar angin,
Menaip diatas katil sambil memeluk bear kesayanganku,
Dan telinga aku dibuai oleh alunan lagu  "KEAJAIBAN CINTA"(Adira feat Aliff Aziz)
Bukan setakat membuai telinga tapi seperti membelai-belai sekeping hati ini,
Selesa dalam keadaan ini,
Mahu melayan perasaan sebelum menumpukan sepenuhnya kepada peperiksaan akhir.


Apa yang aku mahu menceritakan adalah tentang "dye"(seorang sahabat),
Yang aku pernah meratap kesedihan kepergiannya,
Kini ia kembali..
Kembali datang dan berkawan seperti dahulu..


Menghentikan seketika jari - jemariku dari meneruskan setiap patah perkataan yang ingin ditaipkan,
Aku tarik nafas sedalam yang mungkin dan hembuskan secara perlahan,
Ingin memberi oxygen mengalir pergi lebih pada bahagian otak,
Untuk berfikir lebih baik,
 Bagi melancarkan setiap baris perkataan diatur dengan seelok yang mungkin.

Kamu datang..
Aku sambut kamu dengan hati terbuka,
Tapi aku mengharapkan kamu sadar apa yang kamu lakukan,
Dan aku disini juga merisaukan akan sesuatu,
Sesuatu yang tidak dijangka ia akan berlaku.

Seperti sebelum ini,
Aku amat merisaukannya,
Fikiranku tidak pernah tidak terfikir tentang itu.

Dan yang paling kerap bermain difikiranku,
Adakah kamu akan pergi untuk yang ke sekian kalinya??
Kerna kamu pernah mengatakan "jangan tidak gembira bila ketiadaan kamu"
Biarpun ketika kamu katakan itu aku buat tidak tahu,
Tapi telinga pikap apa yang kamu katakan dan terus hantar ke otak untuk memikirkan tentang itu.

Wahai kawan....
Biarpun kamu pernah pergi sebelum ini,
Aku sentiasa menerima kamu bila kamu perlukan aku.

Wahai kawan...
Kini kamu datang,
Apa yang pasti suatu hari nanti kamu akan pergi seperti sebelum ini,
Betul atau tidak,
Hanya kamu tahu jawapanya,
Apa pun jawapan kamu,
Aku tidak kesah.

Sungguhpun kamu datang dan pergi, aku sentiasa ada untuk berkawan dengan kamu.
Apa yang penting kini kamu kembali, dan aku akan setiasa menghargai masa yang ada.
Kamu kembali , aku seperti membuka pintu untuk memberi kamu masuk kedalamnya,
Kerna keselesaan berkawan dengan kamu, membuatkan aku tidak pernah rasa jemu,
Aku harapkan berkawan untuk selamanya......







Tiada ulasan:

Catat Ulasan