Rabu, 23 Mei 2012

mencari-cari Akan 1 Rasa Itu

Ooowh...bila hati bersuara..
Jari jemari menari-nari di atas keyboard, menaipkan setiap baris perkataan yang dirasakan..

Semakin aku cuba untuk melakukan itu,
Semakin dekat-dekat rasa itu padaku...

Rasa rindu..
Rindu akan seseorang..
Seseorang yang mampu mengegarkan hidupku,
Mampu menjatuhkan aku dalam setiap apa yang aku mahu lakukan.

Puas membuatkan diri sibuk akan kerjayaku,
tapi..
Bila saja aku duduk merehatkan diri, pasti..
Pasti!! bayanganmu bermain-main dimindaku,
Seakan ada 1 cerita yang menarik sedang aku tontonkan di panggung wayang.

Lantas bila itu berlaku,
Permata jernih akan bertakung setiap ruang mataku,
Biarpun aku menjerit kuat-kuat supaya jangan jatuh ke pipi,
Tapi itulah yang berlaku..

Kadang lenaku bertemankan air-air yang menitis kepipi,
Sehinggakan masuk dalam lenaku,
Mimpi ngeri akan kamu,
Sehinggalah bagun pagiku yang bermain dimindaku hanya cerita bersamamu.

Kemana lagi mahuku lari,
Sedangkan setiap larianku,
Aku merasakan kamu mengejar-ngejarku.

Bantulah aku..
Bantu aku lupakan kamu..
" datang padaku,lihat jauh ke dalam mataku,lihatlah dengan kasih yang tinggal,
 renunglah selama mana yang mungkin, dan diam-diam terus katakan cinta kita sudah lama berakhir, tiada lagi kasih sayang darimu untuk ku"

Aku hanya mampu memandang sepi dalam diriku kini,
Membiarkan detik waktu yang masihku ada dipenuhi dengan kesibukan yang kucinpta,
Membiarkan sekeping hati lara terbang melayang dengan kekecewaan yang berpanjangan.

p/s:- penulisanku ini bukan meminta simpati, hanya melapang jiwa yang agak sensara.
        kerna dari penulisan ini diriku terasa agak tenang..

Selasa, 8 Mei 2012

:::Memaksa Diri Melakukan Itu:::


Badan penat,otak melayang,hati sarat menyimpan rasa,
Menggagahkan diri, memaksa jari menaip kisah yang mahu diluahkan oleh hati.

Tubuh yang longlai,digagahkan juga,
Tangan meraba-raba di poket buju uniform memcari kunci laptop,
Selesai membuka mangga laptop,
Kaki melangkah lemah menuju ke ruang tamu untuk mendapatkan line yang lebih bagus/laju dari line dibilik..
Alangkah seronoknye jika dapat menaip kisah ini sambil baring memeluk bear kesayangan,
Di ruang tamu tidak boleh melakukan itu kerna tidak sanggup jika bear kesayangan itu kotor..

aaarrrrrrgggggggggghhhhhhh...melepaskan keluhan..
Terasa lega sedikit jiwa ini..

Agak tekanan dengan keputusan yang dilakukan atas keterpaksaan,
Ya..amat memaksa diri,
Menyembunyikan segala kesedihan,
Menguatkan diri melakukan yang tidak sepatutnya aku lakukan..
Hanya mahu melihatmu bahgia, bahgia dengan pasangan yang kau pilih,
Membuatkan dirimu membenci aku,
Itu adalah tujuanku..

Maafkan aku, mungkin hanya ini cara untuk kita melupakan antara 1 sama lain..
Membuang segala rasa bersama..
Menyingkir segala memori saat bahgia bersama.

Aku memaksa diri ini melakukan itu adalah kerna
Aku tidak sanggup orang yang aku teramat sayang terus menerus malukaiku,
Atau pun sebaliknya.
Apa yang aku mahu kau memcapai kebahgiaan yang kau inginkan..

Niat segala apa yang aku lakukan hanya aku dan yang maha esa sahaja tahu,
semoga kau menjalani kehidupanmu dengan kebahgiaan yang kau idam-idamkan..
Aku disini sentiasa mendoakan kesejahteraan hidupmu..
selamat tinggal kisah kita...



Rabu, 2 Mei 2012

:::>>bila kesetiaan dibalas kecurangan


 Menarik nafas sedalam-dalamnya untuk memberi oxygen secukupnya mengalir ke otak,
Membiarkan otak menafsir segala isi yang terpendam dalam hati, untuk diluahkan dalam blog ini,
Jari-jemari seakan ligat berkerja untuk menaip segala isi hati tuannya....

Menengakan hati supaya kuat dan terima hakikat apa yang sudah berlaku adalah keputusan dari diriku jua..
Jangan lagi mudah untuk mengalirkan permata jenih ini yang kesekian kalinya..

Ya, rayuan itu sungguh mambuatkan hatiku cair seperti air yang disimbah dengan air panas..
Entah mengapa itu yang belaku,sedangkan aku sudah kerap kali memesan pada hatiku jangan melakukan itu.
Mungkin kerna diri&segala tubuhku ini teramat menyayangi dirimu.
Aduhhhh....susah sungguh untuk otak menafsirkan kasih sayangku untukmu..
Apa yang aku rasa hanya aku sahaja yang tahu,
Dan disebabkan itulah terciptanya blog ini untuk aku meluahkan rasa serba sedikit melapangkan resah pada jiwa ini..

Apa yang aku jangkan itulah yang kau lakukan..
Kesetiaan yang diberi dibalas dengan kecurangan..
Dan aku disini sudah serik akan itu,menjadikan diri aku semakin lair mengikut sahaja kehendak hati ini, melakukan apa yang tidak sepatutnya aku lakukan..
Biarlah, kebahgiaan yang di idamkan tidak lagi diharapkan..
Apa sahaja yang berlaku,aku akan merelakannya untuk berlaku..
Kerna aku disini amat pasrah apa yang terjadi akan hubungan yang aku terlalu sayang.

Semakin hari semakin padam rasa hati,
Apa yang berlakukan disekeliling aku seakan tidak wujud..
Biarlah...tiada apa lagi yang penting yang aku rasakan..
Hanya meneruskan kehidupan ini seakan rangka bernyawa..