Ahad, 3 Mac 2013

> rEzEkI =)


Alhamdulillah... syukur kepadaNYA...
Akhirnya dapat juga kerja dalam bidang yang diambil,
Bayak tempat yang aku harapkan tapi disini (JB) juga tempat pertama rezeki aku bermula,
Biarpun hanya tempat yang kecil tapi dapatlah juga aku menimba pengalaman, Insyallah..

Aku bermula kerja disebuah women & family care clinic. Mula berkerja 28 januari 2013.
Biarpun gaji yang ditawarkan tidak berapa memuaskan, aku tetap bersyukur dengan apa yang ada. Orang kata memilih sangat rugi. Tak pikir panjang, aku terus sahaja terima kerja tersebut. Nasib baiklah, sokongan dari keluarga kuat. Tapi ada jugak yang menyakitkan hati, walau macam manapun semangat dalam diri itu mesti ada dan kuat!! hahaha...cakap bukan main je kan..

hah!! nak cerita cikit masa temuduga ini..
Dengan nasihat orang ramai, aku dengan sopan santun pakai baju kurung pergi temuduga itu.kononyelahkan..ok jelah tidak ada apa-apa masalah pon..
Sampai je klinik itu, jantung macam nak terkeluar jelah dari tubuh ini, mana taknye, risau apa soalan yang akan tanya.. memang ini temuduga yang ke-2 tapi yang pertama itu pon pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan jadi tak ada lah rasa takut sanagatkan.  
Aku pergi klinik itu dengan mak dan kak ipar ingat diorang nak lah teman aku masuk klinik itu, rupanya nak duk dalam kereta je..HAMPEH..hahaha..
Aku rasa masa itu muka aku pucat lesi tol, kalau toreh guna pisau pon tak ada darah yang kuar mengalir. Takut ke apa ke yang aku rasa, kaki ini kuatkan jugak melangkah masuk klinik itu. Kononya buat muka selumber lah nak masuk, duk tarik-tarik pintu tak boleh nak bukak, ppeeerrrgghhh...malu gilew, nasib baiklah pesakit ada 2orang sahaja dalam itu.pintu kunci rupanya..TEKANAN je masa itu..
Dah dapat masuk, ingat kena terus jumpa doktor, nasib baiklah dalam bilik doktor ada pesakit, so dapat relexkan diri jap..

Bahagian yang selalu kita tidak suka, itulah yang akan kita dapatkan,
Bak kata kakak ipar, lama-lama nanti ada lah perasaan minat itu, cuma perlu tabahkan diri je..
Alhamdulillah dah sebulan dalam bahagian sakit puan dan wanita mengandung, perasaan minat itu datang, ada keiginan untuk ambil post bacis jika ada rezeki lebih..AMIN...

Terasa lebih bertangungjawab bila dialam perkerjaan..
Apapun semagat dalam diri mesti kuat..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan