Selasa, 26 Jun 2012

Posting!!! ke==>>4....

Hampir sebulan sudah berakhirnya praktikal kali ke-4,
Tapi baru hari ini jari-jemari ini ingin menaipkan cerita tentang itu...

lalalalalalalalalalalalalala....
mungkin kerna malas melanda diriku ini..
hahahahahahaha

OPSS!!!...ok kita teruskan bercerita.

Posting kali ini ada dua tempat,
ditangguhkan 2minggu, (21/04/2012) bertolak ke....
PERTAMA-> Hospital Muadzam.


Disebabkan nama aku terletak dibahagian-bahagian bawah, aku dan juga 3orang lagi kawanku terpaksa ditangguhkan 2minggu pemergiannya dari yang lain-lain...
Mula memang terasa marah,
Tapi ada hikmah disebaliknya...insyallah.





Disebabkan hanya 4 orang sahaja,
Kami bertolak ke Muadzam menaiki van Segi College Kuala Lumpur.


Sempat jugak Dia..
hahahhahaahhahahahahha

hah!! 2 beg aku bawak,
1=beg baju 1=makanan
yg beg POP 2 dalam dia ada DOLPHIN
hahahahahaha
yang ini pula barang-banrang kawan-kawan aku.
macam-macam ada....

muka senyum je sebelum sampai


sampai-sampai,tengok je umah dah menyeramkan,
menjerit-jerit dalam hati "NAK BALIK KL!!!"
seksa-seksa..
pape pun tak putus-putus berdoa supaya masa berlalu dengan cepat..

 HOSPITAL MUADZAM
gambar diambil dari tempat letak kereta berdekatan dengan kantin.

Tunggu van jemput untuk berkhidmat di Hospital Muadzam Shah / Klinik IbuAnak Muadzam Shah.

Perbincangan & aktivitii yang dilakukan di Klinik Muadzam Shah.


Persiapan untuk sambutan Hari Jururawat




Sambut Hari Jururawat 
Banyak gila gambar tapi xlarat dah nk masukkan..
Masa sambutan ini memang best, ENJOY!!!!


Penyampaian Hadiah
Hari LasT..
Sungguh lega rasa hati.


Sudah berakhir;
ALHAMDULILLAH
selesai di MUADZAM SHAH

KEDUA-> HOSPITAL KAJANG.
Tak banyak cerita kat hospital ini,
Sebab tak cukup masa untuk berpoya-poya..hahahaha..poyo jew..
Tapi memangpun, hanya 2minggu je kat hospital ini,
Tak tau nak cerita apa,
Yang best buku cross aku memang hampir penuh kat hospital ini.
Clinical Instructor sangat-sangat sporting..



HOSPITAL KAJANG

 Pergi keje naik bus sekolah..
hihihihihi
best-sest!!

Tempat tnggal yang amat selesa..

Hanya dua minggu disini,
tak tau mahu cerita apa...
jadi selesailah praktikal kali ke empat pada 01/06/2012.



Khamis, 14 Jun 2012

Kisah Itu Bermain Dimindaku


Sungguh nyaman udara dimalam hari,
Duduk di meja study dihadapan tingkap,
Angin sepoi-sepoi bahasa seakan meniup halus keatas kulitku ini,
Kadang terasa sejuk itu hingga ke tulang..
Menyababkan aku mengigil keseorangan.

Keadaan tubuhku hanya segar diluaran,
Dalaman seperti terdapat luka yang parah,
Kufikir sejenak..
Rupanya lama jua tidak melayan rasa dihati,
Hati yang merintih akan sesuatu, seperti sedang menjerit-jerit untuk diluahkan.

Diblog yang tidak seberapa ini,
Yang menerima sahaja apa yang tuan blog ingin meluahkan.
Dan disini bermulalah jari-jemariku menari-nari,
Menaipkan setiap baris perkataan yang ingin diluahkan.

Biarpun aku menjerit "aku benci akan dirinya" sekuat hatiku.
Biarpun sehingga satu dunia mendengarnya,
Ia tidak memberikan apa-apa kesan terhadap perasaan sayangku pada dirinya,
Sungguh dalam rasa sayang itu padanya..

Tanpa sadar sudah setengah tahun ia berlalu,
Tapi aku tidak merasakan itu,
Terasa baru semalam ia terjadi...
Aaarrggggghhhhhh.... sungguh lemah hatiku ini.

Setiap kali kaki ini melangkah keluar dari rumahku diwangsa maju,
Aku masih terbayang tika saat kau menjemputku dihadapan condominiumku,
Biarpun aku marah akan dirimu,
Masih lagi aku kuat untuk bertemu denganmu pada malam itu.

Disebabkan itu malam-malam ku kini,
Ditemani oleh permata-permata jernih megalir dipipiku,
Diruang mataku sentiasa bermain kenangan-kenangan saat aku disisimu..

Kenapa aku begini,
Sungguh lemah longlai akan 1 perasaan itu,

Biarpun sebegitu,
Aku sentiasa mendoakan kebahgianmu,
Disamping kekasih barumu itu.

Selamat tinggal,
Selamat berbahgia...

Cerita bersamamu,
Ia akan menjadi 1 memori pahit bagi diriku,
Dan aku akan cuba sedayaku kisah itu tidak lagi tersimpan diruang hatiku ini.

Bahgialah kamu,
Bahgailah dengan air mataku ini,
Sesungguhnya aku merelakannya,
Kerna aku amat menyayangimu,
Sudah cukup bagiku,
Jika kau hidup bahgia sentiasa ...