Selasa, 20 Mac 2012

Pad@ Z@hir keperitan !tu tiD@k terlihat

Malam yang dingin..
Angin sepoi-sepoi bahasa,
Seperti membuai-buai diri dalam alam hayalan,
Bulu-bulu roma seakan berdiri akan kesujukan itu..

Tangan hanya mahu memeluk tubuh..
Seolah-olah mahu memanaskan tubuh dengan sendirinya..
Sungguh nyama angin yang ada malam ini,
dan tidak mungkin akan dilepaskan peluang ini begitu sahaja..


Bukan selalu dapat merasakan apa yang dirasakan sekarang,
Tiada siapa yang akan memahami tentang itu,
Tentang apa yang dirasakan oleh sekeping hati yang seakan hilang arah tujunya...

Biar sudah memaksa untuk melelapkan mata,
Tapi masih degil, tidak mahu lagi dibuai mimpi..
Mimpi yang tidak tahu siapa pengarahnya...

Disaat inilah,
Saat akan terlintasnya kenangan lalu..
Kenangan yang sudah berlalu..
Yang tinggal hanya keperitan..
Keperitan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..
Sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar...

Ya, zahir memang nampak bahgia..
Tapi Hati,Jiwa,Perasan tidak ada yang akan mengetahui tentang itu..

Dan mungkin disebabkan itu mata ini tidak mahu dilelapkan lagi,
Mungkin kerna ingin diluahkan terlebih dahulu,
Di blog ini..blog yang sudi menerima apa sahaja yang tuan punya blog ingin menaipnya...

Otok seakan tidak mahu melakukan apa yang dirasa oleh hati,
Tapi keperitan yang dirasai ,
Mebuatkan otak menturui kehendak hati ini..

Sungguh aku mahu melihatmu bahgia,
Tapi..yang amat aku harapkan kau bahgia bersamaku..
Bahgia akan apa yang sudah kita perkatakan..
Dengan apa yang sudah kita pernah janjikan..
Menjanjikan akan sesuatu yang amat indah dibayangan mataku..

Entah mengapa,
Pada malam ini pipiku tidak dibasahi oleh permata jernih,
Aku sendiri hairan..
Tapi mungkin kau telah membiarkan aku dalam keadaan yang hilang arah keseorangan,
Membuatkan hati ini tidak mahu lagi merintihnya..
Mungkin pada malam ini hanya ingin menyatakan dan mengenangkan kisah lalu kita..

Bila ada sahaja waktu aku berseorangan,
Biarpun otak tidak memikirkannya,
Wajahmu pasti akan bertandang seperti menari-nari diruang mataku..

Tanpaku sadari,
Bibir seakan mengukir sebuah senyuman..
Senyuman atas keindahan yang lalu..

Setelah tersadar dari lamunan itu,
Senyuman itu tidak lagi kelihatan,
Kerna hati terasa amat pedih atas apa yang sudah berlalu..

Semoga kebahagiaan kamu kecapi dalam kesedihan ku ini,
Akan berkekalan hingga keakhirnya..
Aku disini juga akan terus mencari kebahagian untuk kehidupan aku seterusnya..
Sehingga nyawa tidak lagi dikandung oleh tubuhku ini..

Ahad, 18 Mac 2012

???Mencari Sesuatu ===>>>>????

Jam menunjukan pukul 11:30 malam..
Mata masih belum mahu dilelapkan..
Otak & Akal bergabung memikirkan apa yang mahu dilakukan..
Seolah-olah mencari-cari sesuatu yang diri sendiri tidak dapat mengenal pasti apa yang mahu dicarinya..

Jari manaip sahaja apa yang hati berkata-kata bersendirian..
Tidak tahu apa yang mahu diceritakan oleh hati kecil ini,

Saat-saat ini yang paling aku tidak suka..
Aku punya hati tapi aku sendiri kadang tidak mengetahui apa yang hatiku mahukan..

Cari..dan terus mencari..masih lagi tidak terjumpa,
Hanya yang pasti terasa kesunyian,
Terasa kosong hati ini..
Seperti mahu diteman untuk berbicara tentang kegembiraan & kebahagiaan..

Seakan kegembiraan & kebahagian itu hilang dalam hati ini,
Kata aku tidak tahu kenapa ia berlaku, adalah bohong..
Tapi apa dayaku..
Masih lagi tidak terdaya untuk melakukan sesuatu menghilangkan rasa itu..

Hati seakan menjerit-jerit akan kesunyian yang dialami,
Tuan akan hati tidak lagi memikirkan akan itu,
Apa yang difikir hanya menceritakan apa yang hati merasakannya...

Diri seperti takut untuk meneruskan kehidupan..
Kehidupan yang penuh dengan panca roba..
Dugaan akan selalu mendatang tanpa diundang dan diduga..
Seakan ingin mematikan seseorang itu untuk terus hidup..

Entah mengapa perasaan takut itu,
Semakin hari semakin kuat aku rasakan...
Dari mana dia hadir masih lagi tidak diketahui..
Walau bagaimana sekali pun aku perlu meneruskan kehidupan ini,
Selagi nyawa dikandung badan..
Selagi Allah masih belum menarik harta miliknya itu..

Dan berharap apa yang dicari itu,
Akan dijumpa suatu hari nanti,
Biarpun lambat..
Aku akan terus menuggunya...
Tujukkanlah aku akan sesuatu itu..
Sesuatu yang aku cari tatapi aku sendiri tidak mengetahui apa yang aku cari..




BoWLinG !!!! Ting-Tong <<<===

Bercuti berbowling bersama sepupu.
Alhamdulillah..bersyukur sangat-sangat sebab dapat jugak bermain bowling yang sudah lama diidam-idamkan..

Lama hasrat hati untuk main permainan ini tapi tiada siapa yang sudi menemani..dan pada hari "Sabtu/ 17 Mac 2012" secara tiba-tiba makcik sebelah mama ajak keluar dan bermain bowling bersama anak lelaki bungsunya dan juga sepupu perempuanku yang belajar di  UITM Puncak Alam.



Bertolak dari umah dalam jam 2:45pm dan tiba di Wangsa Walk pada jam 3:30pm..
Minggu cuti persekolahan, parking susah nak dapat..penuh, adalah pusing tempat parking dalam 4 5 pusingan jugak akhirnya dapat jugak parking..huhuhu

Akulah orang paling teruja nak main bowling ni..
Mula-mula rangcang nak tengok wayang tapi makcik aku lak taknak.lepas itu makcik bagi cadangan pergi main bowling..dalam hati melonjak gembiranya tidak terkata..hahaha

Dah tiba ditempat bowling..Fuhh.. gila ramai..penuh, biasalah cuti sekolah..mula ingat dah tak dapat main tapi makcik aku tu baik hati betul, tunggu sampai ada yang dah habis main..duduk lah dulu tengok orang main..tengok cara pengang bola bowling ..cara baling..gaya kaki..macam-macamlah..

Leka betul aku usyah sorang mamat ni main..sampaikan adik sepupu aku hulur stokin kat depan muka aku pun hampir tak perasan..hahahaha..
Teruja tul nak main benda alah ni...ngan muka selamba pergi amik kasut..dalam hati berdebar gila,yelah tak penah main benda alah ni..
Main 3orang je.. aku yang no 2..huhu...best wa cakap lu..leka gila..dah lah duit pon tak keluar..hahaha
mana tak bestnyakan..Terima Kasih banyak-banyak makcik..nanti belanja lagi ye..hihihi
Seronok sangat walaupun nampak simple....
Harap pas ini boleh pergi dengan kawan-kawan pulak...

P/s: hanya ingin bercerita sesuatu yang baru..
       jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup..
       kerna itu adalah pengalaman untuk membuka minda supaya dapat menerima sesuatu yang baru dalam 
       kehidupan.

Rabu, 14 Mac 2012

Bukan ditakdirkan untuk bersama

==>>>Sungguh...
sungguh sayu hati ini bila mengenangkan kisah kita..
kisah yang tidak sampai ke arah yang di impikan..
impian yang dicipta olehmu..

Tika aku baring menanti untuk melelapkan mata..
Tiba-tiba kata janji yang kau diberikan terbayang-bayang diruang mataku..
Sakan kau sedang berbisik-bisik ditelingaku..

Mata tidak lagi mahu untuk tidur,
Kaki melangkah kearah meja "study",
Badan hanya mengikut kehendak kaki ingin melangkah menbawanya,
Tangan laju membuka laptop,
Hati terus berkata-kata,
Jari satu persatu menaipkan apa yang dirasa...

Dan saat itu tanpa sedar permata-permata jenih mengalir membasahi pipi..
Bila dikesat tetap juga mahu mengalir..
Ternyata lemahnya hati ini, lemah...
Tika saat mengenangkan kisah bersamamu..

Otak seakan tidak mahu memikirkan akan apa yang dirasa oleh hati..
Tapi..perasaan sayu ini mendorong otak terus mengingatkan dan memikirkan kisah yang sudah berlalu..

Tidak aku duga,tidakku sangka semua ini terjadi pada hubungan kita..
Hubungan yang aku terasa amat selesa,membahgiakan dan menenagkan hati bila dikau berada disisiku..

Sekarang aku disini hanya melihat  dikau dari jauh disamping orang lain, yang kini kau katakan bakal menjadi binimu..
Aku bersyukur kerna dikau sudah bertemu kebahgianmu itu..aku disini akan terus mendoakan kesejahteraan kau bersamanya..

Impian yang dicipta tidak menjadi kenyataan, manjadikan aku seperti orang yang tidak punya perasaan..
Perasaan melayang..melanyang bersama kekecewaan..
Yang mungkin ada hanyalah perasaan sedih..
Sedih akan impian yang diangankan tidak tercapai..

Kekecewaan yang aku sendiri tidak tahu bila ia akan berakhir..
Kerna kau masih lagi aku rasakan ada dalam diriku..
Susah benar untuk aku membuangnya..
Seakan sudah sebati dengan hidupku..

Amat memelukan masa yang panjang untuk membuangkan semua itu..
Kerna aku..aku masih belum merelakan dirimu pergi dari hidupku..

"biarpun kau bukan yang pertama hadir dalam hidupku..
 tapi.. pemergianmu dari hidupku,
 betul-betul membuatkan aku rasa terkecewa..

tetapi, tidak mengapa..
aku rela dikecewakan sekarang..
sekurang-kurnagnya aku akan belajar sesuatu tentang hati..
hati yang kecewa dan rasa akan kekecewaan.."


Bukan ditakdirkan kita untuk bersama,
aku bukan diciptakan untukmu,
aku bukan tulang rusuk yang kau perlukan, biarpun kau pernah mengatakan akulah tulang rusuk yang kau cari...
aku & kau tidak ditakdirkan untuk bersatu...

Tolonglah pergi..pergi jauh-jauh dari hidupku..
jangan lagi pernah untuk mencari aku..
biarkan aku dalam keadaan ini..
keadaan yang kau idam-idamkan..
dendam kau yang telah pun kecapi..

Aku ucapkan tahniah..
tahniah akan segalanya..
selamat dengan kejayaanmu itu..





Selasa, 13 Mac 2012

Hanya Kata Kosong

"Sungguhpun mata terbuka luas, seakan buta pabila diri sudah dikuasai oleh  cinta, dan ditaburkan pula dengan ayat-ayat & janji yang manis..
dan ketika itu terasa hanya kita yang bahgia di dunia ini"



Sungguh lancar ayat-ayat manis itu keluar dari mulutnya, mungkin sudah biasa ayat itu dilontarkan kepada sesiapa yang dipillih untuk menjadi mangsanya..


Begitu hebat tembakkan CINTA ..
Sampaikan ada yang sanggup membuang nyawa yang disangka tiada harga..

Itulah dia bila diri dikuasai cinta sesuatu yang tidak disangka akan dilakukan, juga boleh terjadi..
Semua kata-kata yang terkeluar dari mulutnya akan dipercayai 100% tanpa ada rasa ragu..
dan pabila si dia sudah mendapat mangsa yang lain barulah diri itu akan tersedar dari lamunan yang dicipta oleh mulut manis untuk mengecewakan seseorang..

Kadang sudah terlihat yang seseorang itu hanya melontarkan kata-kata kosong,tapi disebabkan cinta semua itu ditutup rapat,dibuang jauh-jauh dari otak untuk terus memikirkannya..

Pabila si dia mendapat mangsa yang baru..kita pasti akan nampak apa yang dia lakukan pada kita dahulu serupa sahaja yang dilakukannya sekarang dengan mangsa barunya..

Tidak mengapa..100 kali mungkin terlepas dan 1 kali terkena mungkin menyesal seumur hidupnya.

p/s: hanya menaip apa yang dirasa..
      sesuatu yang tidak mungkin boleh diluahkan dengan kata-kata oleh itu,
      melepaskannya dengan cara menaip sebegini...




Isnin, 12 Mac 2012

Posting ke-3 tamat!! yahooo..!!!

YESSSSS!!!!!!!!!!!!
     Fuhhh..lega akhirnya berakhir menempuh dugaan di HOSPITAL PERMAI..
Ni separuh kawan-kawan kelas aku...gembira tidak terhingga aku masa ini..dalam kepala otak duk pikir nak balik umah je.hahaha...semua tersenyum sebab berakhir dengan apa yang diharapkan..walau pe pun rindu gilew ar kenangan kat sana..



Ini yang lawak member aku ni ngah cuak sebab hari terakhir ni ada aktiviti bersama pesakit so,dia masuk pertunjukan menari muka xboley bela...hahhahaha..pape pun korang dah wat yang terbek ok..

yang ni lagi xley bela..baru bangun tito kot..bangun terus je amik pic ni..
mamai jdnye..weee...

keletihan,menuggu bas untuk pulang ke rumah..hurayyyyy!!
"SELESAI"
O0OO0O0PPPSS!! sebelum terlupa ada pic lagi lah.. 

budak serumah di Appartment Taman Bukit Kempas

ini pulak amik berkat, moge berkat itu dimakbulkan..

Alhamdulillah semua yang diharapkan berjalan dengan lancar..
mengharapkan praktikal yang akan datang akan dapat lebih ilmu dari orang yang berilmu..
dan moga semua rakan termasuk aku akan lulus dengan cemerlang peperiksaan LJM (Lembaga Jururawat Malaysia) insyallah pada akhir tahun ini..

Masa yang berlalu itu adalah kenangan..dan kenangan itu aku menaipnya disini untuk tatapan masa akan datang..
pasti akan merindui kamu semua..







Sabtu, 3 Mac 2012

:::-->Pert@h@nkan H@k !!

Bila duduk termenung keseorangan.. pasti otak akan memikirkan sesuatu yang kadang aku sendiri tidak ada jawapan yang pasti..

"pertahankanlah hak, jika sesuatu itu adalah menyebelahi @ kita pasti kita berada dipihak yang benar..
pertahankanlah sesuatu yang milik kita dan selamanya akan menjadi milik kita"


Ayat ini yang terkeluar dari seseorang yang baru aku kenali..
dan bila aku keseorangan, otak aku ligat memikirkan sesuatu yang tersurat disebalik ayat itu..

Aku tidak tahu kenapa, jika ada sesuatu yang aku alami pasti keadaan sekeliling membicarakan sesuatu yang berkenaan dengan apa yang aku alami..biarpun seseorang itu tidak memaksudkan aku, tapi pasti akan terasa serpihan dengan kata-kata itu..

Ada orang sanggup bergaduh sesama perempuan untuk mendapatkan seorang lelaki dan juga sebaliknya..
tapi..aku..aku tetap disini..sebab apa aku tidak membuat sedemikian kerna aku malu jika aku berbuat sedemikian, makin memburukkan lagi keadaan..dan aku hanya memilih untuk mendiamkan diri dan melihat apa sahaja yang berlaku.

Siapalah kita jika seseorang itu belum lagi melafazkan akad nikah bersama nama kita..bagi aku dia belum lagi menjadi milik kita dan seseorang itu berhak untuk melakukan apa sahaja kemahuannya.
Akan tetapi ikhlaslah mengenali seseorang jangan ada sebarang sebab untuk bersama dengan seseorang itu..

Dan dalam termenungku sering aku bertanyakan kenapa aku tidak melakukan sesuatu untuk mendapatkannya kembali..
Hati ini cukup kuat untuk memilikinya dan ingin dia dalam hidupku...tapi otak aku sering mengatakan jangan  melakukan itu kerna mungkin akan memalukan diriku kembali kerna dia sudah memilih untuk bersama dengan orang lain berbandingkan aku..

Kadang aku sendiri rimas dengan apa yang berlaku dalam hidup aku ini..
tapi..mahu tidak mahu itu adalah kehidupan..tidak akan dapat lari dengan dugaan.

Aku mengharapkan ia akan bahgia selamanya walaupun bukan disampingku..
Walaupun aku menerima kata putus itu dengan cara yang terpaksa.. aku akan tetap menyayangi kau seperti dulu..tidak kisahlah apa sekali alasannya..kau tetapku sayangi..

"mencintai seseorang itu adalah hak kita,
namun untuk memiliki seseorang yang kita cintai 
Tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita.."


p/s:- bukan ingin mencerita bersahaja..cuma ingin berkongsi apa yang dirasa..
        mengharapkan dari entry ini ada mendapat sesuatu yang berfaedah..
        kata-kata yang tidak mungkin dapat diluahkan dengan percakapan dan mengharapkan dengan
        penulisan ini memberi sedikit ketenangan terhadap jiwa ini..