Selasa, 27 November 2012

KeHiLaNgAn...

Baring aku keseorangan dalam bilik. Kawan sebilik keluar menghilangkan resah dijiwa agaknya. Masing-masing mepunyai masalah. Masalah yang boleh menggegarkan fikiran. Jiwa menjadi lerai. Membuatkan kehidupan menjadi terhuyung-hayang. Termenung sana sini. Kehidupan seakan hilang.

Tangan membelek-belek handphone. Entah apa yang mahu aku lakukan aku sendiri tidak mengetahuinya. Tapi aku seakan menunggu sesuatu, sesuatu yang aku sudah tahu ianya adalah mustahil. Entahlah biarpun ia seorang sahabat aku sunguh-sunguh merasa kehilangan. Kehilangan seorang sahabat yang hampir menemani diriku 25jam sehari, 8hari seminggu..


Sadar atau pun tidak daripada aku bangkit bangun dari tidurku, aku melakukan benda yang sama. Mendengar lagu yang ku pegang, tenung gambar yang ada dan berulang-ulang membaca pesanan ringkas yang dihantar olehnya sebelum-sebelum ini.Dan aku seakan-akan terdengar-dengar lagu yang memberitahu pesanan ringkas yang dikirim olehnya.

Aku merasakan hari-hariku kini janggal....tanpa pesanan ringkas yang kadang kala membuat aku tersenyum-senyum keseorangan. Lemah aku pada saat ini. Permata jenih sahajalah yang kerap menemani hari-hariku kini. Sengaja membiarkan ia mengalir, kerna ingin memberi kepuasan pada diri.

Mungkin perkara ini masih baru berlaku, masih belum menemui kekuatan. Hanya mampu berkata sabar,dan ada hikmah disebalik apa yang berlaku "insyallah".

Dari petang sampai ke malam hujan renyai-renyai tanpa henti. Angin sayup-sayup masuk melalui tingkap, membelai-belai tubuh, sejuk terasa. Alangkah bagusnya jika angin itu boleh menyejukan hati ini. 

Membaringkan tubuh diatas tilam empukku, membiarkan diri termenung jauh entah kemana.
Mengharapkan bila sadar nanti hari sudah pun pagi.... selamat malam blogku..Terima kasih menemaniku.




Isnin, 26 November 2012

miMpi yang tiDak keKal

Tepat jam 12 tengah malam,
Masih belum lagi boleh melenakan mata dan merehatkan segalanya,
Badan teramat-amat merasakan keletihan,
Sebegitu juga pemikiran.

Selalunya biarpun perjalanan itu tidak selama mana,tapi asalkan naik bas express je, pasti sampai-sampai rumah, siap sahaja mandi dan kemas barang, terlentang aku atas katil merehatkan diri dan apa yang pasti adalah letak sahaja kepala dibantal, mata akan tertutup rapat pergi kealam mimpi. Tidak kesahlah mimpi itu menyeronokan ataupun tidak, hanya melayankan sahaja.

Terasa berat pula jari-jemari ini untuk menaipkan setiap patah perkataan.
Kenapa???
Mungkin terlalu sarat hati ini menanggung rasa.

Berhenti seketika,
Mencari kekuatan yang hilang,
Pandagan dialihkan keluar tingkap,
Mendongakkan kepala,
Mata melilau mencari bintang,
Pasrah... tiada satu pun bintang untuk menyinari langit pada malam ini,
Tertanya sendirian "kenapa tak ada bintang??"
Suara hati berkata "sebegitulah mimpi, tak kekal, ada kalanya ia ada, ada kalanya tak ada"
Dan itulah yang kualami sekarang,
Mimpi yang tidak kekal.

Sejak dari menerima pesanan ringkas itu, fikiranku kacau, macam-macam difikirkan, dan paling utama tidak sabar-sabar untuk balik ke Kuala Lumpur. Disebabkan sudah berjanji dengan kawan-kawan sekolah lamaku untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan sekelasku di Kampung Awah, aku mematikan hasrat untuk pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu. Biarpun kemeriahan ada bertemu kawan-kawan sekolah lama, tapi jiwa aku teramat gelisah selagi kakiku tidak melangkah memasuki bus untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Dengan menghembuskan nafas yang kuat, aku terasa lega, selesai sahaja pergi ke majlis perkahwinan kawanku itu, laju sahaja aku meminta kawanku menghantar kerumah kawan yang menumpangkan aku untuk berteduh beberapa hari aku di Temerloh. Sepantas yang boleh menyalin pakaian, lipat baju ala-kadar dan sumbatkan sahaja ke dalam beg. Disebabkan poteng kelas, terpaksalah mencari surat cuti dimana-mana klinik yang ada, dan selepas itu barulah mencari tiket untuk pulang, langkah diatur laju ke kuanter, tiket sudah berada ditangan jam 5petang aku akan bertolak dari Temerloh ke KL, hati berkata "alhamdulillah", bibir mengukir senyuman.


Jam 7 petang sampai aku di KL, menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin dan melepaskannya perlahan-lahan, terasa lega kerana selamat sampai didesinasi yang dituju "syukur".

Renyai-renyai hujan membasahi bandar KL,
Aku meredahkan saja terus ke stesen LRT,
Duduk aku menunggu pesanan ringkas untuk mengatur perjumpaan,
Sudah berapa banyak tren dihadapanku ini berlepas, 
Buka katup pintu dan bunyi yang membingitkan telingaku,
Tapi aku hanya memandang sepi kearahnya, 
Tidak terasa mahu memasuki perut tren itu selagi pesanan ringkas yang diterima tidak mengatur segalanya.

Dari duduk aku bangun,
Sambil mencapai lemah ke arah beg yang berisi penuh dengan pakaianku,
Kaki mengatur langkah memasuki perut tren,
Kerana sudah menerima pesanan ringkas dan sudah diatur segalanya,
Tidak banyak soal hanya membalas "ok".

Sungguh!!! kali ini aku teramat lemah untuk bertemu kamu, aku mencari-cari kekuatan dengan memnyebukkan diri membalas pesanan ringkas dari kawanku di temerloh. Aku masih belum bersedia ini yang terakhir. Mahu ataupun tidak itulah hakikatnya, ini adalah terakhir. Mengumpul semua kekuatan yang ada untuk mengukir senyuman, memandang kamu ketika bercakap, menceritakan apa sahaja untuk kamu dan juga mendengar cerita yang terakhir kalinya dari kamu. Mencuba menghargai masa yang ada, masa yang   terlalu cepat berlalu.. berlalu pergi memisahkan persahaabatan ini.

Akhirnya kita terpisah, kamu mengatur langkah dengan lajunya keluar dari isi perut tren.
Aku kaku sendirian di dalam perut tren, hanya mampu memandang sayu dengan langkah yang kamu atur.
Mata berlinangan permata jenih, sampai satu tahap tidak mampu menampungnya lagi, mengalir setitik ke pipi.
Dengan pantas jari mengesat, semakin laju pula ia mengalir.
Aku tuduk memandang beg, nafas semakin laju , aku mengengam jari-jemariku untuk kembalikan kekuatan.
Masih tidak mampu, hanya pasrah, biarkan sahaja ia mengalir untuk melepaskan segala rasa.

Aku tahu ini yang akan terjadi,
Tapi aku amat merasakan,
Ianya berlaku terlalu awal.
Yang membuatkan aku terkejut tanpa kata. 

Sampai sahaja dirumah dengan bantuan teksi,
Terus sahaja aku memasuki bilik,
Menbaringkan badan , dan kaki terjuntai ke bawah,
Dada turun naik dengan laju, seakan sukar untuk bernafas,
Merehatkan diri dalam keadaan sebegitu selama setengah jam,
Aku rasa lega, bangkit bangun membersihkan diri dan selesaikan apa yang patut.

Mata dipejamkan, paksa mata untuk lena, mengharapkan mimpi-mimpi indah.
Biarpun aku tahu mimpi itu :- mimpi yang tidak kekal.





Rabu, 21 November 2012

t!Dak perNah boSan

Dimulakan dengan BISMILLAH....
Ingin memulakan senaman jari diatas keybord lappy kesayanganku,
Apa yang aku mahu menaipkan,
Masih lagi tidak dapat dikenal pasti,
Tapi apa yang pasti!!
Mahu mengupdate blog pada malam...
Malam yang sepi..
Sepi seperti diriku.

Dari tadi,selepas solat marghrib tidak tahu mahu melakukan apa,
Mata mengantok,tapi masih tidak boleh dilelapkan lagi,
Mungkin disebabkan belum menunaikan solat isyak,
Tapi sesudah menunaikan,
Lain pula jadinya..

Selesai menyadai kain telekung di katil,
Kaki terus sahaja melangkah ke arah meja study,
Bukan mahu membuka buku untuk mengulangkaji pelajaran untuk test pada keesokan harinya,
Tapi jari terus sahaja menekan punat on, untuk menghidupkan lappy....

Hanya menurut  apa sahaja  gerakan  tubuh mahu lakukan,
Otak masih memikirkan  tajuk apa yang sesuai dengan entry kali ini,
Karangan  sudah panjang jela,
Tajuk tak ada,
hahahahahahahahahaha,
Ketawa aku sendirian dalam bilikku.

Ketawa terhenti disebabkan terdengar lagu "YA SUDAHLAH"
Yang bermula:-
    "ketika mimpimu yang begitu indah..."
Itu menandakan messages whatsapp masuk,
Tak sempat lagu itu diteruskan,
Aku menekan 1 button untuk membaca isi messages tersebut..

Bibir mengukir senyuman,
Tak lain tidak bukan ,
Dia lah seorang kawan yang tidak jemu-jemu menemani aku,
Apa sahaja perangai aku,
Dia melayankan sahaja.


Aku suka cara dia,
Melayankan sahaja perangaiku,
Apa je yang aku cakapkan pasti ada sahaja ayatnya untuk meneruskan perbualan,
Kadang-kadang pelik..
Tapi benda sudah nyata,
Tidak perlu fikirkan apa yang pelik itu,
Teruskan sahaja apa didepan mata,
Menghargainya selagi masih ada kesempatan...

Sungguh aku tidak menyangka mendapat seorang kawan seperti kamu,
Harapnya persahabatan ini akan berterusan hingga ke akhirnya,
Teramat terasa selesa kawan dengan kamu.
dan
harap seperti lagu yang kamu suruh saya dengar
iaitu :-

"apa pun yang terjadi,
ku kan selalu ada untukmu,
janganlah kau bersedih,
cause everythings gonna be ok "

tidak pernah terlintas rasa bosan, biarpun 24jam menaip messages hanya sembang kosong dengan kamu.




Jumaat, 16 November 2012

SendiRian TaNpa Ar@h

AaaarrrrrggggHhhhhhhhhh!!!!!!
Keluhan panjang keluar dari mulutku,
Terasa lega dengan keluarnya keluhan itu,
Seperti seorang yang sedang sarat dengan masalah,
Sedangkan aku hanya tidak berapa ada mood pada hari ini.


Dalam kebosanan melayan diri,
Tiba perut pula menjerit-jerit minta diisi,
Dengan kerajinan yang ada,
Bangkit aku dari tilam empukku.

Memulakan langkah ke arah peti sejuk,
Dengan tenaga yang ada tangan membuka pintu peti sejuk,
Liar mata menjelajah keseluruhan isi peti,
Mencari-cari apa yang ingin dimakan.

Pasrah,
Tidak ada apa yang kena dengan selera,
Tangan hanya mencapai air kosong dan terus mendongaknya,
2 , 3 teguk menelan air,
Sudah terasa lega.
Alhamdulillah... berkata didalam hati.

Kembali membaringkan tubuh ,
Entah apa  otak pikirkan,
 Masih lagi tidak dapat dikenal pasti,
Mata melilau-lilau ,
Entah mengapa tidak mahu lena lagi...

Mungkin terasa kesunyian,
Mana tidaknya keseorangan dirumah,
Tapi inilah kemahuan aku,
Bukan apa, saja,
Bagi ruang untuk merehatkan diri tanpa ganguan dari sesiapa.

Mengenangkan sudah tidak lama je lagi aku akan menghabiskan pengajian,
Inilah masa aku untuk fikir apa yang mahu aku lakukan selepas habis pengajian nanti,
Tiba seyum terukir,
Tidak sangka sudah 3 tahun rupanya berada di Kuala Lumpur,
Umur pula makin meningkat,
Kadang macam tidak boleh terima kenyataan pula makin tua,
Hahahahahah ketawa aku sendirian...

"indahnya.. bila mimpi aku akan menjadi kenyataan"
tersenyum-senyum sendirian atas katil
melelapkan mata
mahu mencipta mimpi-mimpi indah dalam dunia imaginasiku
biar pun tidak menjadi kenyataan
aku tenang dalam keadaan ini..