Jumaat, 20 April 2012

Dilem@ KehidupaN


Seperti hari-hari yang biasa,
Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar,
Tepat jam 6 pagi bangkit dari katil,
Berjalan menuju ke arah balkoni,dengan malasnya tangan mencapai tuala..
Secara tidak langsung perkatan "Arrgghh" keluar dari mulut,seakan melepaskan sesuatu yang berat,sarat bertakung dalam kepala otak ini..
Kaki melangkah longlai...setapak-setapak menuju ke arah bilik air..
Mata masih lagi terpejam,berjalan hanya menggunakan deria rasa kerna sudah biasa dengan keadaan sekeliling..

Sampai sahaja di hadapan bilik air,sempat lagi melentukkan kepala didinding,memberi ruang untuk mata dilelapkan sebelum terkena air..
Basuh muka,segar terasa dengan kesejukkan pagi..
Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk aku hidup diatas dunia ini..
Selesai bersihkan diri,bersiap-siap dan juga solat..
Bersolek ala kadar untuk ke kelas,
Senyum dihadapan cermin untuk memulakan hari dengan ceria..

Kaki melangkah membawa tubuh untuk ke kelas..
Terasa agak berat pada hari ini kaki melangkah,entah kenapa masih lagi tidak dapat dikenal pasti..
Otak memaksa juga melakukan itu,
Tidak melayankan apa yang dirasa.

Tiba distesen LRT (light rail transit),
Tiba hati berkata "kan best lau ponteng"
Tapi otak pikir "jangan nak wat hal,p kelas"
Tika melayan diri diatas tangga bergerak seakan hati dan otak berbincang akan sesuatu dan mengambil keputusan teruskan pergi ke kelas..

Masuk kedalam badan tren LRT,
Menoleh kiri dan kanan, hampa tiada tempat duduk kosong ,
Berdiri dan tangan pegang tiang utuk megelakkan dari jatuh ketika tren sedang bergerak..

Lebih kurang 10 stesen mahu tiba ke stesen yang berhampiran kolej aku..
Berdiri sambil dengar lagu dalam handphone menggunakan alat pendengar,
Lagu-lagu kebanyakkan jiwang-jiwang..
Bermulalah hati menghayati satu persatu setiap baris perkataan..

Tanpa kehendak hati,
Bayang seseorang berlegar-legar diruang mata,
Telinga seperti terdengar-dengar 1 suara yang amat dirindui,
Otak seperti tidak boleh dikawal lagi memperingatkan segala kenangan bersamanya..

Disaat permata jenih mahu keluar dari sarangnya,
Cepat-cepat aku menyadarkan diri dialam yang nyata.
Janganlah kau terlalu lemah wahai diriku..
Anggap sahaja tidak pernah berlaku apa-apa dalam diri kau..
Kuatkan semangat aku tahu kau amat kuat untuk mengharungi segala cabaran yang dialami..

Hati berkata :-
Set dalam Otak =>> jika benar dye mahukan kau,dye tidak akan pernah abaikan kau..
         jika dye bersungguh dye memilih kau, dye tidak akan pernah kembali dengan kekasih barunya..
           jika betul mahu kau menjadi isterinya,dye mesti yakin dengan apa yang dye buat keputusan.
                    semua itu tiadakan....tidak ada apa yang dye tunjukan yang dye mahukan kau..
                tidak perlu menagih cintanya lagi.. hidupkanlah cinta yang baru untuk kehidupan mu..

Alhamdulillah,
Sudah tiba di stesen Masjid Jamek..
Hilangkan semua hayalan itu,
Masuk kelas jangan ingat akan kisah itu,
Jika kau tidak mahu kegagalan yang dulu kembali.

Ya!!! tutup akan kisah itu..
ADUH!! lepaskan keluhan kerna berada dalam dilema kehidupan..
Aku ada jalan kehidupanku sendiri..
Yakin akan diri sendiri..
Senyum selalu =) 

        




Selasa, 17 April 2012

Jika "dye" adalah untuk ku..


Ya Allah..
Jika benar terciptanya dia adalah untuk ku,
Tujukkan  jalan itu untuk kami,
Bantu kami untuk bersatu,
Bukalah, & satukanlah hati kami,
Kuatkanlah perasaan kami,
Jauhkan kami dari hasad dengki sesama manusia,
Senangkanlah segala perjalanan kami menempuh segala dugaan..

Amat berharapkan pada hubungan yang telah lama dibina akan bersatu,
Sungguh banyak dugaan dalam perhubungan ini,
Terasa amat goyang pada ketika ini,
Semoga apa yang sudah berlaku akan menguatkan hubugan yang bersusah payah dibina..

Otak masih belum habis pikir lagi apa yang perlu dilakukan,
Hanya membiarkan sahaja apa yang terjadi,
Perasaan takut semakin lama semakin meguasai diri,
Menjadikan diri hanya berani dalam angan-agan & hayalan dalam kelam.

Dalam kesunyian malam ini..
Sungguh indah untuk mengenangkan kisah kita..
tanpa sadar,
Pasti bibir akan mengukir senyuman..seindah senyuman..
Terasa lapang dijiwa,
Begitu indah rasa hati..seperti melonjak-lonjak keriangan..

Tapi..
Senyuman itu secara tidak langsung akan terpadam bila terkenagkan saat-saat pahit..
Andai aku mampu untuk memadam segala kepahitan itu,
Awal-awal lagi akanku padam,
Yang aku mahu hanyalah kisah indah bersamamu..

Cukuplah wahai perasaanku..
Cerita itu sudah pun berlalu..
Jangan dikenang cerita pahit itu..
Susunlah cerita-cerita baru..
Buang jauh-jauh rasa takut itu..
Lakukan apa yang kau rasakan sesuatu itu berbaloi..

Bangkit..jangan biarkan diri terus dalam hayalan..
Jadikan Hayalan itu Kenyataan...

Wahai tuhanku..
Bantu aku dalam segala urusan didunia..
Dan peringatkan aku juga dalam urusan di akhirat..
Sungguh yakin hanya kau "ALLAH" yang mampu menolong hambamu.

Isnin, 16 April 2012

==>>>dUgAan!!!!

Dalam kesunyian malam...
Merenung jauh kelangit...
Membiarkan angin malam mebelai tubuh..
Melayan perasaan sayu yang masih segar terasa dihati...
Mengenangkan kisah bersama selama 3 tahun..
Tika sebuk melayan rasa hati,permata jenih terus menerus membasahi pipi..tidak dapat lagi untuk menampung satu rasa yang singgah dalam diri ini..

Alahai jiwa...
Bersabarlah, mungkin berat pada hari ini..
Insyallah, yakinlah akan datang senang itu suatu hari nanti..

YA ALLAH..
JADIKAN AKU SEORANG YANG PENYABAR&KUAT DALAM MENEMPUH  SEGALA DUGAAN YANG KAU BERIKAN KEPADAKU INI...

Lemahnya aku bila berada didalam keadaan ini..
Walau sudah bersungguh menolak akan sume ini, pergi jauh-jauh dari hidup itu..
Tapi itulah yang mendatang dalam kehidupan hari-hari ku..

Biarpun kau bukan yang pertama lelaki yang aku kenali..
Tapi kau lah yang mampu mengegarkan seluruh kehidupan aku...
Membuatkan aku rebah saat kau pergi dalam hidupku..
Seakan terkena renjatan pada saat-saat pahit itu..

aaaaaaaaarrrggggghhhh!!!!!!
masih terasa seksaan itu..
tidak dapat digambarkan rasa itu..

Aku akan terus berdoa agar kau..
Berada dalam keadaan baik-baik sahaja...
Ceria sentiasa..senyum selalu..berbahgia dalam hidupmu..

Aku yakin dan pasti dugaan ini, mengajar serba sedikit tentang kehidupan..
Dan ada hikmah disebalik semua ini berlaku..

Jika diberikan peluang..aku akan cuba membuat yang terbaik untuk kehidupan kita pada masa akan datang..
Hanya mahukan kau...untuk hidup selamanya dalam kehidupanku..



Sabtu, 14 April 2012

JIKA itu TERTULIS untuk^KU

 arrggghhhhhhhh!!!!
Otak seperti ada sekatan,tidak mahu memberi arahan untuk menggerakkan  jari untuk menaip..
Elektrik yang terdapat diotak seakan tidak mahu bersambung antara 1 sama lain,untuk memikirkan apa ayat yang perlu ditaip..
Tapi hati masih lagi berkeras untuk menceritakan sesuatu....

Sesuatu yang hidup dalam diriku ini,
Yang memberi sumber kekuatan dalam hidupku,
Memberi semangat untuk meneruskan perjalanan hidup,
Yang membuka fikiranku untuk berfikiran terbuka,
Yang mengajar untuk berdiri dikaki sendiri.
Mendidik dari seorang yang gelabah,menjadi seorang yang tenang.

Langit tidak selalunya cerah..
Matahari tidak selalunya akan ada menerangi bumi..
DAN...
Sebegitulah juga dengan kehidupan..
Tidak akan selalunya indah,
Pasti ada pahitnya,
Itu adalah kerana untuk membimbing seseorang bersyukur apa yang sudah dimiliki.

Cinta & Kekecewaan
Itu adalah lumrah..
Kerna bagi aku..
Setiap orang yang bercinta pasti akan merasa kecewa kerna tiada seorang pun didunia ini yang sempurna,
Dan setiap orang ada kemahuan yang tersendiri, tidak semestinya pasanganya akan dapat memberikan apa yang dimahukanya..

Tetapi..
Disebabkan tidak sempurnalah, adanya pasangan untuk menyempurnakan apa yang tidak sempurna itu..

Sungguhpun aku menolak kamu jauh-jauh dari hidupku..
Tapi susah untuk membohongi kamu, hati ini masih lagi tertulis namamu..
Biarpun aku menafikan tidak memikirkan kamu..
Tapi kenangan bersama kamu itulah yang bertandang difikiranku..
Sehinggakan permata jenih tidak lagi dapat ditahan..
Setiap detik bersama kamu, aku rasakan seperti semalam sahaja berlalu..
Sungguh kuat cintaku untukmu..

Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan..
Hanya mampu berdoa agar cinta kita akan bersatu suatu hari nanti...
Jika itu tertulis untuk^ku..dengan rela hati aku menerimanya.
Tidak sesiapa pun akan mampu untuk memisahkannya..



Ahad, 8 April 2012

TeRseliT keNangaN

Dalam keseorangan,
Bertemankan televisyen,
Mata menontonkan pada apa yang ditontonkan,
Telinga mendengarkan apa yang sedang ditontonkan,
Lagu OMBAK RINDU yang dipertayangkan,
Dalam tidak sadar,
Mengalir titisan permata ke pipi..
Secara tidak langsung otak kembali mengenangkan kisah lalu...

"terselit kenagan disini bersamamu"

Terasa seperti semalam sahaja ia berlalu...
Tidak disangka, pejam celik hampir 5bulan..
Masih lagi lemah dengan apa yang berlaku..

Kenangan yang pahit..
Mahu, tidak mahu..
Aku perlu menempuhiya..
Insyallah..ada hikmah disebaliknya..

Cerita kita..cerita cinta..
Yang telah berlaku..tetap akan berlalu..
Dan pada hari ini mulakan dengan cerita baru..



Isnin, 2 April 2012

Hanya Meninggalkan Harapan..

Setiap tutur kata yang dikeluarkan amat indah untuk didengarkan,
Tapi...
Ia hanya meninggalkan harapan dari apa yang diperkatakan itu,
Harapan yang dibiarkan seperti mengantung diri tanpa tali..
Zahir tidak siapa nampak kesakitannya, batinnya seakan bernanah yang tidak dapat ditampung lagi..

" disaat memberi ruang kepada diri untuk menafsirkan segala apa yang sudah berlalu,
setiap baris percakapan dan janjimu seakan ada satu suara berbisik-bisik dicuping telinga ini,
semakin lama,
semakin rimas dengan semua ini..
tapi apakan daya sesuatu yang sudah berlaku adalah mustahil untuk membetulkan setiap kesilapan.."


Pada malam yang dingin...
Membiarkan diri dibuai angin yang nyaman dan menenangkan..
Merehatkan otak serta tubuh selepas siang hari melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar..
Dan pada malam yang selesa ini melayan kehendak hati...
Kehendak yang meronta-ronta untuk diluahkan..

Meluahkan apa yang dirasa serta dilihat,
Mengingatkan kata-kata janji yang terbiar hanyut entah kemana...
Meluangkan masa membaca kembali rentak cinta dahulu..
Cinta yang tidak mencapai target dan tidak terlintas perkara seperti ini akan berlaku...

Mahu, tidak mahu..
Percaya atau tidak..
Itu adalah kenyataan...
Itulah yang terjadi pada hari ini..

Bersyukur kepadaNya...
Kini diri sudah kembali stabil..
Kembali membangun..
Menerima kenyataan apa kehendakNya..

Dan kamu tidak diperlukan lagi dalam hidupku..
Yangku mahu hanyalah keadaan aku yang sekarang...
Menbina segala impian dengan sendirinya,
Tidak lagi merintih meminta bantuan darimu..

Sungguh..sungguh aku rindu akan kenangan kita..
TApi..
Cukuplah hanya sekadar aku mengigatinya..
Kamu jangan pernah lagi berpaling meminta simpati dariku..
Sesungguhnya dendam akan meguasai diri ini..