Selasa, 27 November 2012

KeHiLaNgAn...

Baring aku keseorangan dalam bilik. Kawan sebilik keluar menghilangkan resah dijiwa agaknya. Masing-masing mepunyai masalah. Masalah yang boleh menggegarkan fikiran. Jiwa menjadi lerai. Membuatkan kehidupan menjadi terhuyung-hayang. Termenung sana sini. Kehidupan seakan hilang.

Tangan membelek-belek handphone. Entah apa yang mahu aku lakukan aku sendiri tidak mengetahuinya. Tapi aku seakan menunggu sesuatu, sesuatu yang aku sudah tahu ianya adalah mustahil. Entahlah biarpun ia seorang sahabat aku sunguh-sunguh merasa kehilangan. Kehilangan seorang sahabat yang hampir menemani diriku 25jam sehari, 8hari seminggu..


Sadar atau pun tidak daripada aku bangkit bangun dari tidurku, aku melakukan benda yang sama. Mendengar lagu yang ku pegang, tenung gambar yang ada dan berulang-ulang membaca pesanan ringkas yang dihantar olehnya sebelum-sebelum ini.Dan aku seakan-akan terdengar-dengar lagu yang memberitahu pesanan ringkas yang dikirim olehnya.

Aku merasakan hari-hariku kini janggal....tanpa pesanan ringkas yang kadang kala membuat aku tersenyum-senyum keseorangan. Lemah aku pada saat ini. Permata jenih sahajalah yang kerap menemani hari-hariku kini. Sengaja membiarkan ia mengalir, kerna ingin memberi kepuasan pada diri.

Mungkin perkara ini masih baru berlaku, masih belum menemui kekuatan. Hanya mampu berkata sabar,dan ada hikmah disebalik apa yang berlaku "insyallah".

Dari petang sampai ke malam hujan renyai-renyai tanpa henti. Angin sayup-sayup masuk melalui tingkap, membelai-belai tubuh, sejuk terasa. Alangkah bagusnya jika angin itu boleh menyejukan hati ini. 

Membaringkan tubuh diatas tilam empukku, membiarkan diri termenung jauh entah kemana.
Mengharapkan bila sadar nanti hari sudah pun pagi.... selamat malam blogku..Terima kasih menemaniku.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan