Jumaat, 14 Februari 2014

Masih Disini

Berdering alarm dicuping telingaku menandakan jam 5:30 pagi. Urrghh lemah longlai aku mengapai handphoneku, mematikan bunyi munggangu mimpi. Mata terpejam kembali tapi aku cepat tersadar sebelum mimpi kembali.


Tangan menarik selimut sampai kebahu, terasa sejuk seluruh tubuhku. Baring sebentar sebelum alarm bunyi lagi satu. Seluruh tubuh menjadi kaku, temernung mengenangkan masa depan aku.

Sakitnya hari-hariku hanya mengikut rentak masa entah bila akan berhenti. Tubuhku hidup namun nyawaku seakan mati. Otak + akal berfungsi tapi diri tidak dapat dikenal pasti. Aku hidup dalam mati.
Aku bagun mengatur kaki untuk berdiri. Membersihkan diri sendiri , di duniaku kini. Gagahkan diri untuk mencari rezeki, sesuap nasi dihari ini...


Ya aku masih disini, mengharungi kehidupan sendiri. 

Duduk semeja, makan bersama, sembang banyak cerita dan penutupnya ternyata derita.
Mata melilau seluruh kawasan kerja, apa yang dicari entah kemana, apa yang pasti aku tertanya "aku disini sampai bila?". Menarik nafas sedalamnya mencari nyawa,untuk tenaga meneruskan kerja.

Bukan aku tidak suka, tapi aku berduka. Kerja tidak seberapa, tapi mulut macam cilaka. Aku tidak kacau dia, tapi ada sahaja mengata-ngata.Duduk diam bersahaja ada juga yang berkata. Sungguh aku tidak rela sedemikian rupa.

Aaarrrggghhh biarlah mereka, hidup kau dan aku tidak serupa. Harapnya aku disini hanya sementara. Mungkin diluar lagi belantara, tapi sekurangnya fikiran terbuka. Bukanya hanya mengata orang itu ini tidak bermakna.Terpuk dada tanya selera, buguskah sangat diri kita, mahu mengata-ngata.

Aku diam slumber,memandang orang yang mengata, mengukir senyuman tidak bermakna. Semak terasa, dosa kau aku dapat tempiasnya, menambahkan dosa aku yang sedia ada. Apa tidak pernah fikir sedemikian rupa?.

Sudah ditakdirkan aku disini, mahu tidak mahu aku terpaksa merelakan diri sedemikian rupa.
Tidak ada manusia sempurna didunia, jadi tidak perlulah mengata. Dan mengharapkan diri jauh dari semua perkara.

Selasa, 11 Februari 2014

cErita iNi ceRita aKu

Termenung sana, termenung sini. Buka itu, buka ini. Pusing kanan, pusing kiri...mencari arah kemana harus pergi. dan malam ini, aku masih belum boleh tidur lagi.

Akhirnya disini juga aku menatap pada malam ini.Sarat juga memori kepala menyimpan cerita itu dan ini. Malam ini aku mahu jari jemariku menari. 


Aku rindu kamu... kamu wahai blogku, tempatku mengadu..

Hatiku resah, kerna hari-hariku terasa susah. Manakah arah patut aku terjah, untuk membuatkan hidupku terasa indah. Wahai sekeping hati janganlah pernah terasa lemah.

Mulut berkata bohong, hati terasa bahang. Hidup seorang perempuan, itu ini banyak terhalang. 

Tangan memegang segulung diploma, mata mengalir permata. Bukan kerna suka, tapi menangung derita.
Aku ketawa, bukan mahu tunjuk gembira sebaliknya aku seakan orang gila.

Ya, aku putus asa, hidup hanya mengikut rentak masa. Masa yang makan usia tua.

Malam hampir bertukar pagi, aku mahu pergi, selamat pagi.
Esok bangun untuk mencari rezeki, keperluan diri sendiri.

*kuatkan diri menjalani hari-hariku sediri, selagi nyawa dan tubuh masih mampu berdiri.