Jumaat, 14 Februari 2014

Masih Disini

Berdering alarm dicuping telingaku menandakan jam 5:30 pagi. Urrghh lemah longlai aku mengapai handphoneku, mematikan bunyi munggangu mimpi. Mata terpejam kembali tapi aku cepat tersadar sebelum mimpi kembali.


Tangan menarik selimut sampai kebahu, terasa sejuk seluruh tubuhku. Baring sebentar sebelum alarm bunyi lagi satu. Seluruh tubuh menjadi kaku, temernung mengenangkan masa depan aku.

Sakitnya hari-hariku hanya mengikut rentak masa entah bila akan berhenti. Tubuhku hidup namun nyawaku seakan mati. Otak + akal berfungsi tapi diri tidak dapat dikenal pasti. Aku hidup dalam mati.
Aku bagun mengatur kaki untuk berdiri. Membersihkan diri sendiri , di duniaku kini. Gagahkan diri untuk mencari rezeki, sesuap nasi dihari ini...


Ya aku masih disini, mengharungi kehidupan sendiri. 

Duduk semeja, makan bersama, sembang banyak cerita dan penutupnya ternyata derita.
Mata melilau seluruh kawasan kerja, apa yang dicari entah kemana, apa yang pasti aku tertanya "aku disini sampai bila?". Menarik nafas sedalamnya mencari nyawa,untuk tenaga meneruskan kerja.

Bukan aku tidak suka, tapi aku berduka. Kerja tidak seberapa, tapi mulut macam cilaka. Aku tidak kacau dia, tapi ada sahaja mengata-ngata.Duduk diam bersahaja ada juga yang berkata. Sungguh aku tidak rela sedemikian rupa.

Aaarrrggghhh biarlah mereka, hidup kau dan aku tidak serupa. Harapnya aku disini hanya sementara. Mungkin diluar lagi belantara, tapi sekurangnya fikiran terbuka. Bukanya hanya mengata orang itu ini tidak bermakna.Terpuk dada tanya selera, buguskah sangat diri kita, mahu mengata-ngata.

Aku diam slumber,memandang orang yang mengata, mengukir senyuman tidak bermakna. Semak terasa, dosa kau aku dapat tempiasnya, menambahkan dosa aku yang sedia ada. Apa tidak pernah fikir sedemikian rupa?.

Sudah ditakdirkan aku disini, mahu tidak mahu aku terpaksa merelakan diri sedemikian rupa.
Tidak ada manusia sempurna didunia, jadi tidak perlulah mengata. Dan mengharapkan diri jauh dari semua perkara.

Selasa, 11 Februari 2014

cErita iNi ceRita aKu

Termenung sana, termenung sini. Buka itu, buka ini. Pusing kanan, pusing kiri...mencari arah kemana harus pergi. dan malam ini, aku masih belum boleh tidur lagi.

Akhirnya disini juga aku menatap pada malam ini.Sarat juga memori kepala menyimpan cerita itu dan ini. Malam ini aku mahu jari jemariku menari. 


Aku rindu kamu... kamu wahai blogku, tempatku mengadu..

Hatiku resah, kerna hari-hariku terasa susah. Manakah arah patut aku terjah, untuk membuatkan hidupku terasa indah. Wahai sekeping hati janganlah pernah terasa lemah.

Mulut berkata bohong, hati terasa bahang. Hidup seorang perempuan, itu ini banyak terhalang. 

Tangan memegang segulung diploma, mata mengalir permata. Bukan kerna suka, tapi menangung derita.
Aku ketawa, bukan mahu tunjuk gembira sebaliknya aku seakan orang gila.

Ya, aku putus asa, hidup hanya mengikut rentak masa. Masa yang makan usia tua.

Malam hampir bertukar pagi, aku mahu pergi, selamat pagi.
Esok bangun untuk mencari rezeki, keperluan diri sendiri.

*kuatkan diri menjalani hari-hariku sediri, selagi nyawa dan tubuh masih mampu berdiri.

Selasa, 14 Mei 2013

OOoooooWwwHhhhh USS

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE
AHAD 12 MEI 2013

HUHUHU.....OK, sangat teruja mane taknya pertama kali masuk Singapore..

Ini harga tiket USS...
Dalam DOLLAR ok,
Yang penting bukan duit aku lah..
hehehehe..
100% duit Along, duit aku simpan je..
lalalalaalalalalalala
2 hari sebelum masuk Singapore baru tergedik-gedik mahu buat pasport..
haha, gambar tak ley tengok, amat lah buruk.lalalala...

20 dollars je along bagi, hmmm..syukurlah kan dari xde,
tapi aku guna 4.50 je, hahaha.. beli air 1 botol je, panas, tapi tak nak minum banyak sebab kat sana kalau buang air, tak ada air untuk cuci, kat sana suma lap guna tisuu...eeuuuwww, geli..hahaha

Jam 9:30 pagi suda siap,ala kadar je.
Dalam jam 11 sampailah kat USS..
Best, masih tak puas!! Nak pergi lagi =)

Masuk-masuk je Tonton SHREK 4D, best....
yang tak boleh bela, main sembur-sembur air lak..
pape, TERBAIK!!!!


Lepas amik je gambar ini, aku masuk kawasan TRANSFORMERS tonton 4D,
hohohohohohoho...sangat memuaskan,
Nak masuk sekali lagi tak boleh lak,
Kuar je along & kak ipar tanya, best ke tak, aku pun cakap TERBEK!!!..
Along tak boleh tahan, dia lak masuk lepas aku, kak ipar tak boleh masuk sebab mengandung, kang masuk tak pasal boleh terberanak kat dalam 2..
hahahahaha, dengar je lah kami bercerita.
Lepas bersalin nanti pergi lagi ye.

HAH!! yang ini lagi lah, bukan main ajak along naik, sampai atas ketar lutut..APTB
Mula je benda itu gerak, aku terus pejam mata, ketakutan..
Jerit pun tak dengar suara,hahaha
Sebelah kanan itu along, tenganga menjerit tak habis..
Agak-agak tempat apa ni??
Yang ini lagi kelako, along suruh aku masuk dia cakap rugi dah datang tak masuk..
aku pon dengan beraninya, masuk sorang-sorang,
Tak sampai setengah jalan, tiba ketakutan masa masuk tak pikir apa yang ada dalam ni, mana aku tak takut masuk dalam tu sunyi semacam, dalam kepala nak terus ke depan ke, nak undur keluar balik dupdapdupdap jantung ni, baru terpikir, nama pun tempat MuMmY mesti rumah hantu.
Mati aku!! jerit dalam hati, apa nak wat ni, tiba ada lak orang masuk diaorang dalam group 4 orang, 2 lelaki dan 2 perempuan.
huh! hati lepaskan lelah, nak tau apa aku wat??
Dengan muka tak malu,tanpa segan silu, tanpa berkata apa-apa, terus je capai tangan salah sorang perempuan dari group tadi..hahaha, GILE tak aku???
lepas itu baru aku cakap kat orang itu "i'm alone, i so fear..plz i want joint ur group."
Terpaksa speaking sebab kat sana sumanya orang luar, dan perempuan itu dari Philippines.
Nasib baiklah dia cakap ok, yang tak boleh bela salah sorang lelaki dari group itu ajak aku bual, aduh terbelit lidah ni..nasib-nasib..
Tapi yang aku bengangnya bukan rumah hantu naik Roller Coaster ,
hahaha, bengong tul aku ni!!









Inilah along & kak ipar, macih bawak jalan..
lain kali bawak lagi ye, tak puas lagi main dalam UsS..
Memang tak puas, ada wit nanti nak ajak kawan-kawan lak lah pergi..
YEEAAAHHHH!!! TERBEK =)
babye






Ahad, 3 Mac 2013

> rEzEkI =)


Alhamdulillah... syukur kepadaNYA...
Akhirnya dapat juga kerja dalam bidang yang diambil,
Bayak tempat yang aku harapkan tapi disini (JB) juga tempat pertama rezeki aku bermula,
Biarpun hanya tempat yang kecil tapi dapatlah juga aku menimba pengalaman, Insyallah..

Aku bermula kerja disebuah women & family care clinic. Mula berkerja 28 januari 2013.
Biarpun gaji yang ditawarkan tidak berapa memuaskan, aku tetap bersyukur dengan apa yang ada. Orang kata memilih sangat rugi. Tak pikir panjang, aku terus sahaja terima kerja tersebut. Nasib baiklah, sokongan dari keluarga kuat. Tapi ada jugak yang menyakitkan hati, walau macam manapun semangat dalam diri itu mesti ada dan kuat!! hahaha...cakap bukan main je kan..

hah!! nak cerita cikit masa temuduga ini..
Dengan nasihat orang ramai, aku dengan sopan santun pakai baju kurung pergi temuduga itu.kononyelahkan..ok jelah tidak ada apa-apa masalah pon..
Sampai je klinik itu, jantung macam nak terkeluar jelah dari tubuh ini, mana taknye, risau apa soalan yang akan tanya.. memang ini temuduga yang ke-2 tapi yang pertama itu pon pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan jadi tak ada lah rasa takut sanagatkan.  
Aku pergi klinik itu dengan mak dan kak ipar ingat diorang nak lah teman aku masuk klinik itu, rupanya nak duk dalam kereta je..HAMPEH..hahaha..
Aku rasa masa itu muka aku pucat lesi tol, kalau toreh guna pisau pon tak ada darah yang kuar mengalir. Takut ke apa ke yang aku rasa, kaki ini kuatkan jugak melangkah masuk klinik itu. Kononya buat muka selumber lah nak masuk, duk tarik-tarik pintu tak boleh nak bukak, ppeeerrrgghhh...malu gilew, nasib baiklah pesakit ada 2orang sahaja dalam itu.pintu kunci rupanya..TEKANAN je masa itu..
Dah dapat masuk, ingat kena terus jumpa doktor, nasib baiklah dalam bilik doktor ada pesakit, so dapat relexkan diri jap..

Bahagian yang selalu kita tidak suka, itulah yang akan kita dapatkan,
Bak kata kakak ipar, lama-lama nanti ada lah perasaan minat itu, cuma perlu tabahkan diri je..
Alhamdulillah dah sebulan dalam bahagian sakit puan dan wanita mengandung, perasaan minat itu datang, ada keiginan untuk ambil post bacis jika ada rezeki lebih..AMIN...

Terasa lebih bertangungjawab bila dialam perkerjaan..
Apapun semagat dalam diri mesti kuat..



Rabu, 5 Disember 2012

--->>>>Ia kembaL!

Keseorangan lagi aku pada malam ini didalam bilik,
Kawan sebilikku seperti biasa keluar bersama kekasihnya,
Mana tidaknya sudah tidak lama lagi untuk menamatkan pelajaran,
Katanya "sudah tidak lama berada di Kuala Lumpur,
Ingin menghabiskan saat-saat yang masih ada ini untuk bersama orang yang disayangi",
Dan aku hanya mampu berkata "ok, sambil tersenyum",
Hatiku pula menanyakan "adakah aku sepertinya, jika aku mempunyai kekasih hati sepertinya???
aaaarrrgggghhhh!!!! apa yang engkau merepek ini hati???
Tidak ku sangka, aku tersenyum sendirian...

Malam ini berbeza dari malam-malam yang lain,
Selalunya aku akan menaipkan sesuatu pada blog ini di meja studyku,
Pada malam ini pula aku menukar angin,
Menaip diatas katil sambil memeluk bear kesayanganku,
Dan telinga aku dibuai oleh alunan lagu  "KEAJAIBAN CINTA"(Adira feat Aliff Aziz)
Bukan setakat membuai telinga tapi seperti membelai-belai sekeping hati ini,
Selesa dalam keadaan ini,
Mahu melayan perasaan sebelum menumpukan sepenuhnya kepada peperiksaan akhir.


Apa yang aku mahu menceritakan adalah tentang "dye"(seorang sahabat),
Yang aku pernah meratap kesedihan kepergiannya,
Kini ia kembali..
Kembali datang dan berkawan seperti dahulu..


Menghentikan seketika jari - jemariku dari meneruskan setiap patah perkataan yang ingin ditaipkan,
Aku tarik nafas sedalam yang mungkin dan hembuskan secara perlahan,
Ingin memberi oxygen mengalir pergi lebih pada bahagian otak,
Untuk berfikir lebih baik,
 Bagi melancarkan setiap baris perkataan diatur dengan seelok yang mungkin.

Kamu datang..
Aku sambut kamu dengan hati terbuka,
Tapi aku mengharapkan kamu sadar apa yang kamu lakukan,
Dan aku disini juga merisaukan akan sesuatu,
Sesuatu yang tidak dijangka ia akan berlaku.

Seperti sebelum ini,
Aku amat merisaukannya,
Fikiranku tidak pernah tidak terfikir tentang itu.

Dan yang paling kerap bermain difikiranku,
Adakah kamu akan pergi untuk yang ke sekian kalinya??
Kerna kamu pernah mengatakan "jangan tidak gembira bila ketiadaan kamu"
Biarpun ketika kamu katakan itu aku buat tidak tahu,
Tapi telinga pikap apa yang kamu katakan dan terus hantar ke otak untuk memikirkan tentang itu.

Wahai kawan....
Biarpun kamu pernah pergi sebelum ini,
Aku sentiasa menerima kamu bila kamu perlukan aku.

Wahai kawan...
Kini kamu datang,
Apa yang pasti suatu hari nanti kamu akan pergi seperti sebelum ini,
Betul atau tidak,
Hanya kamu tahu jawapanya,
Apa pun jawapan kamu,
Aku tidak kesah.

Sungguhpun kamu datang dan pergi, aku sentiasa ada untuk berkawan dengan kamu.
Apa yang penting kini kamu kembali, dan aku akan setiasa menghargai masa yang ada.
Kamu kembali , aku seperti membuka pintu untuk memberi kamu masuk kedalamnya,
Kerna keselesaan berkawan dengan kamu, membuatkan aku tidak pernah rasa jemu,
Aku harapkan berkawan untuk selamanya......







Selasa, 27 November 2012

KeHiLaNgAn...

Baring aku keseorangan dalam bilik. Kawan sebilik keluar menghilangkan resah dijiwa agaknya. Masing-masing mepunyai masalah. Masalah yang boleh menggegarkan fikiran. Jiwa menjadi lerai. Membuatkan kehidupan menjadi terhuyung-hayang. Termenung sana sini. Kehidupan seakan hilang.

Tangan membelek-belek handphone. Entah apa yang mahu aku lakukan aku sendiri tidak mengetahuinya. Tapi aku seakan menunggu sesuatu, sesuatu yang aku sudah tahu ianya adalah mustahil. Entahlah biarpun ia seorang sahabat aku sunguh-sunguh merasa kehilangan. Kehilangan seorang sahabat yang hampir menemani diriku 25jam sehari, 8hari seminggu..


Sadar atau pun tidak daripada aku bangkit bangun dari tidurku, aku melakukan benda yang sama. Mendengar lagu yang ku pegang, tenung gambar yang ada dan berulang-ulang membaca pesanan ringkas yang dihantar olehnya sebelum-sebelum ini.Dan aku seakan-akan terdengar-dengar lagu yang memberitahu pesanan ringkas yang dikirim olehnya.

Aku merasakan hari-hariku kini janggal....tanpa pesanan ringkas yang kadang kala membuat aku tersenyum-senyum keseorangan. Lemah aku pada saat ini. Permata jenih sahajalah yang kerap menemani hari-hariku kini. Sengaja membiarkan ia mengalir, kerna ingin memberi kepuasan pada diri.

Mungkin perkara ini masih baru berlaku, masih belum menemui kekuatan. Hanya mampu berkata sabar,dan ada hikmah disebalik apa yang berlaku "insyallah".

Dari petang sampai ke malam hujan renyai-renyai tanpa henti. Angin sayup-sayup masuk melalui tingkap, membelai-belai tubuh, sejuk terasa. Alangkah bagusnya jika angin itu boleh menyejukan hati ini. 

Membaringkan tubuh diatas tilam empukku, membiarkan diri termenung jauh entah kemana.
Mengharapkan bila sadar nanti hari sudah pun pagi.... selamat malam blogku..Terima kasih menemaniku.




Isnin, 26 November 2012

miMpi yang tiDak keKal

Tepat jam 12 tengah malam,
Masih belum lagi boleh melenakan mata dan merehatkan segalanya,
Badan teramat-amat merasakan keletihan,
Sebegitu juga pemikiran.

Selalunya biarpun perjalanan itu tidak selama mana,tapi asalkan naik bas express je, pasti sampai-sampai rumah, siap sahaja mandi dan kemas barang, terlentang aku atas katil merehatkan diri dan apa yang pasti adalah letak sahaja kepala dibantal, mata akan tertutup rapat pergi kealam mimpi. Tidak kesahlah mimpi itu menyeronokan ataupun tidak, hanya melayankan sahaja.

Terasa berat pula jari-jemari ini untuk menaipkan setiap patah perkataan.
Kenapa???
Mungkin terlalu sarat hati ini menanggung rasa.

Berhenti seketika,
Mencari kekuatan yang hilang,
Pandagan dialihkan keluar tingkap,
Mendongakkan kepala,
Mata melilau mencari bintang,
Pasrah... tiada satu pun bintang untuk menyinari langit pada malam ini,
Tertanya sendirian "kenapa tak ada bintang??"
Suara hati berkata "sebegitulah mimpi, tak kekal, ada kalanya ia ada, ada kalanya tak ada"
Dan itulah yang kualami sekarang,
Mimpi yang tidak kekal.

Sejak dari menerima pesanan ringkas itu, fikiranku kacau, macam-macam difikirkan, dan paling utama tidak sabar-sabar untuk balik ke Kuala Lumpur. Disebabkan sudah berjanji dengan kawan-kawan sekolah lamaku untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan sekelasku di Kampung Awah, aku mematikan hasrat untuk pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu. Biarpun kemeriahan ada bertemu kawan-kawan sekolah lama, tapi jiwa aku teramat gelisah selagi kakiku tidak melangkah memasuki bus untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Dengan menghembuskan nafas yang kuat, aku terasa lega, selesai sahaja pergi ke majlis perkahwinan kawanku itu, laju sahaja aku meminta kawanku menghantar kerumah kawan yang menumpangkan aku untuk berteduh beberapa hari aku di Temerloh. Sepantas yang boleh menyalin pakaian, lipat baju ala-kadar dan sumbatkan sahaja ke dalam beg. Disebabkan poteng kelas, terpaksalah mencari surat cuti dimana-mana klinik yang ada, dan selepas itu barulah mencari tiket untuk pulang, langkah diatur laju ke kuanter, tiket sudah berada ditangan jam 5petang aku akan bertolak dari Temerloh ke KL, hati berkata "alhamdulillah", bibir mengukir senyuman.


Jam 7 petang sampai aku di KL, menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin dan melepaskannya perlahan-lahan, terasa lega kerana selamat sampai didesinasi yang dituju "syukur".

Renyai-renyai hujan membasahi bandar KL,
Aku meredahkan saja terus ke stesen LRT,
Duduk aku menunggu pesanan ringkas untuk mengatur perjumpaan,
Sudah berapa banyak tren dihadapanku ini berlepas, 
Buka katup pintu dan bunyi yang membingitkan telingaku,
Tapi aku hanya memandang sepi kearahnya, 
Tidak terasa mahu memasuki perut tren itu selagi pesanan ringkas yang diterima tidak mengatur segalanya.

Dari duduk aku bangun,
Sambil mencapai lemah ke arah beg yang berisi penuh dengan pakaianku,
Kaki mengatur langkah memasuki perut tren,
Kerana sudah menerima pesanan ringkas dan sudah diatur segalanya,
Tidak banyak soal hanya membalas "ok".

Sungguh!!! kali ini aku teramat lemah untuk bertemu kamu, aku mencari-cari kekuatan dengan memnyebukkan diri membalas pesanan ringkas dari kawanku di temerloh. Aku masih belum bersedia ini yang terakhir. Mahu ataupun tidak itulah hakikatnya, ini adalah terakhir. Mengumpul semua kekuatan yang ada untuk mengukir senyuman, memandang kamu ketika bercakap, menceritakan apa sahaja untuk kamu dan juga mendengar cerita yang terakhir kalinya dari kamu. Mencuba menghargai masa yang ada, masa yang   terlalu cepat berlalu.. berlalu pergi memisahkan persahaabatan ini.

Akhirnya kita terpisah, kamu mengatur langkah dengan lajunya keluar dari isi perut tren.
Aku kaku sendirian di dalam perut tren, hanya mampu memandang sayu dengan langkah yang kamu atur.
Mata berlinangan permata jenih, sampai satu tahap tidak mampu menampungnya lagi, mengalir setitik ke pipi.
Dengan pantas jari mengesat, semakin laju pula ia mengalir.
Aku tuduk memandang beg, nafas semakin laju , aku mengengam jari-jemariku untuk kembalikan kekuatan.
Masih tidak mampu, hanya pasrah, biarkan sahaja ia mengalir untuk melepaskan segala rasa.

Aku tahu ini yang akan terjadi,
Tapi aku amat merasakan,
Ianya berlaku terlalu awal.
Yang membuatkan aku terkejut tanpa kata. 

Sampai sahaja dirumah dengan bantuan teksi,
Terus sahaja aku memasuki bilik,
Menbaringkan badan , dan kaki terjuntai ke bawah,
Dada turun naik dengan laju, seakan sukar untuk bernafas,
Merehatkan diri dalam keadaan sebegitu selama setengah jam,
Aku rasa lega, bangkit bangun membersihkan diri dan selesaikan apa yang patut.

Mata dipejamkan, paksa mata untuk lena, mengharapkan mimpi-mimpi indah.
Biarpun aku tahu mimpi itu :- mimpi yang tidak kekal.