Ahad, 18 Mac 2012

???Mencari Sesuatu ===>>>>????

Jam menunjukan pukul 11:30 malam..
Mata masih belum mahu dilelapkan..
Otak & Akal bergabung memikirkan apa yang mahu dilakukan..
Seolah-olah mencari-cari sesuatu yang diri sendiri tidak dapat mengenal pasti apa yang mahu dicarinya..

Jari manaip sahaja apa yang hati berkata-kata bersendirian..
Tidak tahu apa yang mahu diceritakan oleh hati kecil ini,

Saat-saat ini yang paling aku tidak suka..
Aku punya hati tapi aku sendiri kadang tidak mengetahui apa yang hatiku mahukan..

Cari..dan terus mencari..masih lagi tidak terjumpa,
Hanya yang pasti terasa kesunyian,
Terasa kosong hati ini..
Seperti mahu diteman untuk berbicara tentang kegembiraan & kebahagiaan..

Seakan kegembiraan & kebahagian itu hilang dalam hati ini,
Kata aku tidak tahu kenapa ia berlaku, adalah bohong..
Tapi apa dayaku..
Masih lagi tidak terdaya untuk melakukan sesuatu menghilangkan rasa itu..

Hati seakan menjerit-jerit akan kesunyian yang dialami,
Tuan akan hati tidak lagi memikirkan akan itu,
Apa yang difikir hanya menceritakan apa yang hati merasakannya...

Diri seperti takut untuk meneruskan kehidupan..
Kehidupan yang penuh dengan panca roba..
Dugaan akan selalu mendatang tanpa diundang dan diduga..
Seakan ingin mematikan seseorang itu untuk terus hidup..

Entah mengapa perasaan takut itu,
Semakin hari semakin kuat aku rasakan...
Dari mana dia hadir masih lagi tidak diketahui..
Walau bagaimana sekali pun aku perlu meneruskan kehidupan ini,
Selagi nyawa dikandung badan..
Selagi Allah masih belum menarik harta miliknya itu..

Dan berharap apa yang dicari itu,
Akan dijumpa suatu hari nanti,
Biarpun lambat..
Aku akan terus menuggunya...
Tujukkanlah aku akan sesuatu itu..
Sesuatu yang aku cari tatapi aku sendiri tidak mengetahui apa yang aku cari..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan