Khamis, 18 Oktober 2012

Hanya Sebatang Pen

Entah mengapa balik dari makan malam,
Terus sahaja hati ingin update blog,
Tapi sebenarnya dari dalam kelas lagi memikirkan blog sudah lama bersarang,
Sudah lama tidak menjengahnya,
Dan mungkin malam ini mood juga baik,baik sahaja.

Selesai sahaja iron baju yang ingin dipakai pada keesokkan hari untuk ke kelas,
Langkah terus diatur menuju ke bilik,
Seakan gelabah tangan ini untuk menghidupkan laptop lenovo kepunyaanku,
Yang sudah 3tahun lebih lamanya berkhidmat denganku,
Aargggghhh...apa pula yang aku luahkan ini,
Bukan ini yang hati ingin meluahkan.


Ya ini hanyalah sebatang pen, nampak simplekan, Tapi pen ini mempunyai kenangan tersendiri.
Kenangan yang kamu tinggalkan.

Temenung sejenak, mengingatkan saat aku meminta pen ini dari kamu.
Bukan tidak mampu untuk beli sendiri, tapi segaja ingin merasakan kamu menemani ketika aku belajar,
Indahnya ketika itu, tidak lekang senyuman dari bibirku mengingatkan itu.
Walaupun ia hanya sebatang pen, aku terasa amat tinggi harganya.

Percaya atau tidak aku pernah menangis hanya kerana pen ini,
Semua orang pelik dan berkata "alah pen je, beli je yang lain".
Tapi telinga aku seakan tidak mendengarkan ayat itu.
Kenapa?? kerna aku hanya ingin mengunakan barang-barang dari kamu.
Dan daripada itu aku dapat merasakan kamu sentiasa disisiku.

Lama aku simpan pen ini didalam kotak pensil.
Kerna ketika mula-mula mahu menggunakannya ia tidak mahu berfungsi.
Tapi entah mengapa ketika aku terdesak, tangan aku mencapainya dan tanpa sadar aku berniat " JIKA DIA MASIH SAYANG AKAN AKU, KAU AKAN BERFUNGSI, DAN BERKHIDMAT UNTUK AKU"
Tidakku sangka ia berfungsi, gembira hati ini tidak terkata biarpun kata sayang tidak lahir dari mulutmu.
Dan dari itu aku merasakan kamu milikku lagi.

Jauh sungguh aku berangan,
Mengapa aku berangankan sampai ke arah itu,
Aku sendiri tidak mengetahuinya,
Sedangkan aku sudah mengetahui yang kamu sudah bersama orang lain.

Orang lain aku boleh bohong,
Aku cakap tidak sayang akan dirimu lagi,
Tapi hakikat sebenar,
Hanya hati menangungnya. 

Biarpun aku juga sudah ada yang menemani.
Bayangan dirimu masih lagi bermain-main dalam diriku.
Aku...aku..aku...aku...terseksa dalam keadaan ini...
Bermacam-macam cara aku mahu melupakanmu.
Tapi aku masih lagi gagal untuk melakukan itu.

Laju permata jenih mengalir kepipi,
Hidung pula seakan susah untuk bernafas,
Jari jemari seperti tidak bermaya untuk meneruskan menaip hingga penghujung,
Tapi jiwa dan raga masih menyusun baris-baris perkataan untuk menjadikan ayat,
Supaya hati terasa lega melepaskan segalanya.

Kamu...aku harapkan kamu baik-baik disisinya,
Biarpun aku seorang yang pedendam,
Tapi kuatnya sayang aku akan dirimu,
Menjadikan dendam itu terkubur.

Masih tidak terputus lagi doaku untukmu,
Jangan tanya kenapa,
Aku pasti kamu tahu akan itu,
Baik-baik jaga diri kamu,
Sungguh aku tidak rela jika kamu tidak bahgia,
Melepaskanmu adalah mahu melihat kebahgiaan kamu,
Bahgia kamu, bahgia jugalah aku,
Kerna dirimu sentiasa hidup dalam diriku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan