Isnin, 26 November 2012

miMpi yang tiDak keKal

Tepat jam 12 tengah malam,
Masih belum lagi boleh melenakan mata dan merehatkan segalanya,
Badan teramat-amat merasakan keletihan,
Sebegitu juga pemikiran.

Selalunya biarpun perjalanan itu tidak selama mana,tapi asalkan naik bas express je, pasti sampai-sampai rumah, siap sahaja mandi dan kemas barang, terlentang aku atas katil merehatkan diri dan apa yang pasti adalah letak sahaja kepala dibantal, mata akan tertutup rapat pergi kealam mimpi. Tidak kesahlah mimpi itu menyeronokan ataupun tidak, hanya melayankan sahaja.

Terasa berat pula jari-jemari ini untuk menaipkan setiap patah perkataan.
Kenapa???
Mungkin terlalu sarat hati ini menanggung rasa.

Berhenti seketika,
Mencari kekuatan yang hilang,
Pandagan dialihkan keluar tingkap,
Mendongakkan kepala,
Mata melilau mencari bintang,
Pasrah... tiada satu pun bintang untuk menyinari langit pada malam ini,
Tertanya sendirian "kenapa tak ada bintang??"
Suara hati berkata "sebegitulah mimpi, tak kekal, ada kalanya ia ada, ada kalanya tak ada"
Dan itulah yang kualami sekarang,
Mimpi yang tidak kekal.

Sejak dari menerima pesanan ringkas itu, fikiranku kacau, macam-macam difikirkan, dan paling utama tidak sabar-sabar untuk balik ke Kuala Lumpur. Disebabkan sudah berjanji dengan kawan-kawan sekolah lamaku untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan sekelasku di Kampung Awah, aku mematikan hasrat untuk pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu. Biarpun kemeriahan ada bertemu kawan-kawan sekolah lama, tapi jiwa aku teramat gelisah selagi kakiku tidak melangkah memasuki bus untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Dengan menghembuskan nafas yang kuat, aku terasa lega, selesai sahaja pergi ke majlis perkahwinan kawanku itu, laju sahaja aku meminta kawanku menghantar kerumah kawan yang menumpangkan aku untuk berteduh beberapa hari aku di Temerloh. Sepantas yang boleh menyalin pakaian, lipat baju ala-kadar dan sumbatkan sahaja ke dalam beg. Disebabkan poteng kelas, terpaksalah mencari surat cuti dimana-mana klinik yang ada, dan selepas itu barulah mencari tiket untuk pulang, langkah diatur laju ke kuanter, tiket sudah berada ditangan jam 5petang aku akan bertolak dari Temerloh ke KL, hati berkata "alhamdulillah", bibir mengukir senyuman.


Jam 7 petang sampai aku di KL, menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin dan melepaskannya perlahan-lahan, terasa lega kerana selamat sampai didesinasi yang dituju "syukur".

Renyai-renyai hujan membasahi bandar KL,
Aku meredahkan saja terus ke stesen LRT,
Duduk aku menunggu pesanan ringkas untuk mengatur perjumpaan,
Sudah berapa banyak tren dihadapanku ini berlepas, 
Buka katup pintu dan bunyi yang membingitkan telingaku,
Tapi aku hanya memandang sepi kearahnya, 
Tidak terasa mahu memasuki perut tren itu selagi pesanan ringkas yang diterima tidak mengatur segalanya.

Dari duduk aku bangun,
Sambil mencapai lemah ke arah beg yang berisi penuh dengan pakaianku,
Kaki mengatur langkah memasuki perut tren,
Kerana sudah menerima pesanan ringkas dan sudah diatur segalanya,
Tidak banyak soal hanya membalas "ok".

Sungguh!!! kali ini aku teramat lemah untuk bertemu kamu, aku mencari-cari kekuatan dengan memnyebukkan diri membalas pesanan ringkas dari kawanku di temerloh. Aku masih belum bersedia ini yang terakhir. Mahu ataupun tidak itulah hakikatnya, ini adalah terakhir. Mengumpul semua kekuatan yang ada untuk mengukir senyuman, memandang kamu ketika bercakap, menceritakan apa sahaja untuk kamu dan juga mendengar cerita yang terakhir kalinya dari kamu. Mencuba menghargai masa yang ada, masa yang   terlalu cepat berlalu.. berlalu pergi memisahkan persahaabatan ini.

Akhirnya kita terpisah, kamu mengatur langkah dengan lajunya keluar dari isi perut tren.
Aku kaku sendirian di dalam perut tren, hanya mampu memandang sayu dengan langkah yang kamu atur.
Mata berlinangan permata jenih, sampai satu tahap tidak mampu menampungnya lagi, mengalir setitik ke pipi.
Dengan pantas jari mengesat, semakin laju pula ia mengalir.
Aku tuduk memandang beg, nafas semakin laju , aku mengengam jari-jemariku untuk kembalikan kekuatan.
Masih tidak mampu, hanya pasrah, biarkan sahaja ia mengalir untuk melepaskan segala rasa.

Aku tahu ini yang akan terjadi,
Tapi aku amat merasakan,
Ianya berlaku terlalu awal.
Yang membuatkan aku terkejut tanpa kata. 

Sampai sahaja dirumah dengan bantuan teksi,
Terus sahaja aku memasuki bilik,
Menbaringkan badan , dan kaki terjuntai ke bawah,
Dada turun naik dengan laju, seakan sukar untuk bernafas,
Merehatkan diri dalam keadaan sebegitu selama setengah jam,
Aku rasa lega, bangkit bangun membersihkan diri dan selesaikan apa yang patut.

Mata dipejamkan, paksa mata untuk lena, mengharapkan mimpi-mimpi indah.
Biarpun aku tahu mimpi itu :- mimpi yang tidak kekal.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan