Rabu, 2 Mei 2012

:::>>bila kesetiaan dibalas kecurangan


 Menarik nafas sedalam-dalamnya untuk memberi oxygen secukupnya mengalir ke otak,
Membiarkan otak menafsir segala isi yang terpendam dalam hati, untuk diluahkan dalam blog ini,
Jari-jemari seakan ligat berkerja untuk menaip segala isi hati tuannya....

Menengakan hati supaya kuat dan terima hakikat apa yang sudah berlaku adalah keputusan dari diriku jua..
Jangan lagi mudah untuk mengalirkan permata jenih ini yang kesekian kalinya..

Ya, rayuan itu sungguh mambuatkan hatiku cair seperti air yang disimbah dengan air panas..
Entah mengapa itu yang belaku,sedangkan aku sudah kerap kali memesan pada hatiku jangan melakukan itu.
Mungkin kerna diri&segala tubuhku ini teramat menyayangi dirimu.
Aduhhhh....susah sungguh untuk otak menafsirkan kasih sayangku untukmu..
Apa yang aku rasa hanya aku sahaja yang tahu,
Dan disebabkan itulah terciptanya blog ini untuk aku meluahkan rasa serba sedikit melapangkan resah pada jiwa ini..

Apa yang aku jangkan itulah yang kau lakukan..
Kesetiaan yang diberi dibalas dengan kecurangan..
Dan aku disini sudah serik akan itu,menjadikan diri aku semakin lair mengikut sahaja kehendak hati ini, melakukan apa yang tidak sepatutnya aku lakukan..
Biarlah, kebahgiaan yang di idamkan tidak lagi diharapkan..
Apa sahaja yang berlaku,aku akan merelakannya untuk berlaku..
Kerna aku disini amat pasrah apa yang terjadi akan hubungan yang aku terlalu sayang.

Semakin hari semakin padam rasa hati,
Apa yang berlakukan disekeliling aku seakan tidak wujud..
Biarlah...tiada apa lagi yang penting yang aku rasakan..
Hanya meneruskan kehidupan ini seakan rangka bernyawa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan