Jumaat, 20 April 2012

Dilem@ KehidupaN


Seperti hari-hari yang biasa,
Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar,
Tepat jam 6 pagi bangkit dari katil,
Berjalan menuju ke arah balkoni,dengan malasnya tangan mencapai tuala..
Secara tidak langsung perkatan "Arrgghh" keluar dari mulut,seakan melepaskan sesuatu yang berat,sarat bertakung dalam kepala otak ini..
Kaki melangkah longlai...setapak-setapak menuju ke arah bilik air..
Mata masih lagi terpejam,berjalan hanya menggunakan deria rasa kerna sudah biasa dengan keadaan sekeliling..

Sampai sahaja di hadapan bilik air,sempat lagi melentukkan kepala didinding,memberi ruang untuk mata dilelapkan sebelum terkena air..
Basuh muka,segar terasa dengan kesejukkan pagi..
Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk aku hidup diatas dunia ini..
Selesai bersihkan diri,bersiap-siap dan juga solat..
Bersolek ala kadar untuk ke kelas,
Senyum dihadapan cermin untuk memulakan hari dengan ceria..

Kaki melangkah membawa tubuh untuk ke kelas..
Terasa agak berat pada hari ini kaki melangkah,entah kenapa masih lagi tidak dapat dikenal pasti..
Otak memaksa juga melakukan itu,
Tidak melayankan apa yang dirasa.

Tiba distesen LRT (light rail transit),
Tiba hati berkata "kan best lau ponteng"
Tapi otak pikir "jangan nak wat hal,p kelas"
Tika melayan diri diatas tangga bergerak seakan hati dan otak berbincang akan sesuatu dan mengambil keputusan teruskan pergi ke kelas..

Masuk kedalam badan tren LRT,
Menoleh kiri dan kanan, hampa tiada tempat duduk kosong ,
Berdiri dan tangan pegang tiang utuk megelakkan dari jatuh ketika tren sedang bergerak..

Lebih kurang 10 stesen mahu tiba ke stesen yang berhampiran kolej aku..
Berdiri sambil dengar lagu dalam handphone menggunakan alat pendengar,
Lagu-lagu kebanyakkan jiwang-jiwang..
Bermulalah hati menghayati satu persatu setiap baris perkataan..

Tanpa kehendak hati,
Bayang seseorang berlegar-legar diruang mata,
Telinga seperti terdengar-dengar 1 suara yang amat dirindui,
Otak seperti tidak boleh dikawal lagi memperingatkan segala kenangan bersamanya..

Disaat permata jenih mahu keluar dari sarangnya,
Cepat-cepat aku menyadarkan diri dialam yang nyata.
Janganlah kau terlalu lemah wahai diriku..
Anggap sahaja tidak pernah berlaku apa-apa dalam diri kau..
Kuatkan semangat aku tahu kau amat kuat untuk mengharungi segala cabaran yang dialami..

Hati berkata :-
Set dalam Otak =>> jika benar dye mahukan kau,dye tidak akan pernah abaikan kau..
         jika dye bersungguh dye memilih kau, dye tidak akan pernah kembali dengan kekasih barunya..
           jika betul mahu kau menjadi isterinya,dye mesti yakin dengan apa yang dye buat keputusan.
                    semua itu tiadakan....tidak ada apa yang dye tunjukan yang dye mahukan kau..
                tidak perlu menagih cintanya lagi.. hidupkanlah cinta yang baru untuk kehidupan mu..

Alhamdulillah,
Sudah tiba di stesen Masjid Jamek..
Hilangkan semua hayalan itu,
Masuk kelas jangan ingat akan kisah itu,
Jika kau tidak mahu kegagalan yang dulu kembali.

Ya!!! tutup akan kisah itu..
ADUH!! lepaskan keluhan kerna berada dalam dilema kehidupan..
Aku ada jalan kehidupanku sendiri..
Yakin akan diri sendiri..
Senyum selalu =) 

        




Tiada ulasan:

Catat Ulasan