Khamis, 14 Jun 2012

Kisah Itu Bermain Dimindaku


Sungguh nyaman udara dimalam hari,
Duduk di meja study dihadapan tingkap,
Angin sepoi-sepoi bahasa seakan meniup halus keatas kulitku ini,
Kadang terasa sejuk itu hingga ke tulang..
Menyababkan aku mengigil keseorangan.

Keadaan tubuhku hanya segar diluaran,
Dalaman seperti terdapat luka yang parah,
Kufikir sejenak..
Rupanya lama jua tidak melayan rasa dihati,
Hati yang merintih akan sesuatu, seperti sedang menjerit-jerit untuk diluahkan.

Diblog yang tidak seberapa ini,
Yang menerima sahaja apa yang tuan blog ingin meluahkan.
Dan disini bermulalah jari-jemariku menari-nari,
Menaipkan setiap baris perkataan yang ingin diluahkan.

Biarpun aku menjerit "aku benci akan dirinya" sekuat hatiku.
Biarpun sehingga satu dunia mendengarnya,
Ia tidak memberikan apa-apa kesan terhadap perasaan sayangku pada dirinya,
Sungguh dalam rasa sayang itu padanya..

Tanpa sadar sudah setengah tahun ia berlalu,
Tapi aku tidak merasakan itu,
Terasa baru semalam ia terjadi...
Aaarrggggghhhhhh.... sungguh lemah hatiku ini.

Setiap kali kaki ini melangkah keluar dari rumahku diwangsa maju,
Aku masih terbayang tika saat kau menjemputku dihadapan condominiumku,
Biarpun aku marah akan dirimu,
Masih lagi aku kuat untuk bertemu denganmu pada malam itu.

Disebabkan itu malam-malam ku kini,
Ditemani oleh permata-permata jernih megalir dipipiku,
Diruang mataku sentiasa bermain kenangan-kenangan saat aku disisimu..

Kenapa aku begini,
Sungguh lemah longlai akan 1 perasaan itu,

Biarpun sebegitu,
Aku sentiasa mendoakan kebahgianmu,
Disamping kekasih barumu itu.

Selamat tinggal,
Selamat berbahgia...

Cerita bersamamu,
Ia akan menjadi 1 memori pahit bagi diriku,
Dan aku akan cuba sedayaku kisah itu tidak lagi tersimpan diruang hatiku ini.

Bahgialah kamu,
Bahgailah dengan air mataku ini,
Sesungguhnya aku merelakannya,
Kerna aku amat menyayangimu,
Sudah cukup bagiku,
Jika kau hidup bahgia sentiasa ...





2 ulasan: