Selasa, 11 Februari 2014

cErita iNi ceRita aKu

Termenung sana, termenung sini. Buka itu, buka ini. Pusing kanan, pusing kiri...mencari arah kemana harus pergi. dan malam ini, aku masih belum boleh tidur lagi.

Akhirnya disini juga aku menatap pada malam ini.Sarat juga memori kepala menyimpan cerita itu dan ini. Malam ini aku mahu jari jemariku menari. 


Aku rindu kamu... kamu wahai blogku, tempatku mengadu..

Hatiku resah, kerna hari-hariku terasa susah. Manakah arah patut aku terjah, untuk membuatkan hidupku terasa indah. Wahai sekeping hati janganlah pernah terasa lemah.

Mulut berkata bohong, hati terasa bahang. Hidup seorang perempuan, itu ini banyak terhalang. 

Tangan memegang segulung diploma, mata mengalir permata. Bukan kerna suka, tapi menangung derita.
Aku ketawa, bukan mahu tunjuk gembira sebaliknya aku seakan orang gila.

Ya, aku putus asa, hidup hanya mengikut rentak masa. Masa yang makan usia tua.

Malam hampir bertukar pagi, aku mahu pergi, selamat pagi.
Esok bangun untuk mencari rezeki, keperluan diri sendiri.

*kuatkan diri menjalani hari-hariku sediri, selagi nyawa dan tubuh masih mampu berdiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan