Selasa, 13 Mac 2012

Hanya Kata Kosong

"Sungguhpun mata terbuka luas, seakan buta pabila diri sudah dikuasai oleh  cinta, dan ditaburkan pula dengan ayat-ayat & janji yang manis..
dan ketika itu terasa hanya kita yang bahgia di dunia ini"



Sungguh lancar ayat-ayat manis itu keluar dari mulutnya, mungkin sudah biasa ayat itu dilontarkan kepada sesiapa yang dipillih untuk menjadi mangsanya..


Begitu hebat tembakkan CINTA ..
Sampaikan ada yang sanggup membuang nyawa yang disangka tiada harga..

Itulah dia bila diri dikuasai cinta sesuatu yang tidak disangka akan dilakukan, juga boleh terjadi..
Semua kata-kata yang terkeluar dari mulutnya akan dipercayai 100% tanpa ada rasa ragu..
dan pabila si dia sudah mendapat mangsa yang lain barulah diri itu akan tersedar dari lamunan yang dicipta oleh mulut manis untuk mengecewakan seseorang..

Kadang sudah terlihat yang seseorang itu hanya melontarkan kata-kata kosong,tapi disebabkan cinta semua itu ditutup rapat,dibuang jauh-jauh dari otak untuk terus memikirkannya..

Pabila si dia mendapat mangsa yang baru..kita pasti akan nampak apa yang dia lakukan pada kita dahulu serupa sahaja yang dilakukannya sekarang dengan mangsa barunya..

Tidak mengapa..100 kali mungkin terlepas dan 1 kali terkena mungkin menyesal seumur hidupnya.

p/s: hanya menaip apa yang dirasa..
      sesuatu yang tidak mungkin boleh diluahkan dengan kata-kata oleh itu,
      melepaskannya dengan cara menaip sebegini...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan