Sabtu, 14 April 2012

JIKA itu TERTULIS untuk^KU

 arrggghhhhhhhh!!!!
Otak seperti ada sekatan,tidak mahu memberi arahan untuk menggerakkan  jari untuk menaip..
Elektrik yang terdapat diotak seakan tidak mahu bersambung antara 1 sama lain,untuk memikirkan apa ayat yang perlu ditaip..
Tapi hati masih lagi berkeras untuk menceritakan sesuatu....

Sesuatu yang hidup dalam diriku ini,
Yang memberi sumber kekuatan dalam hidupku,
Memberi semangat untuk meneruskan perjalanan hidup,
Yang membuka fikiranku untuk berfikiran terbuka,
Yang mengajar untuk berdiri dikaki sendiri.
Mendidik dari seorang yang gelabah,menjadi seorang yang tenang.

Langit tidak selalunya cerah..
Matahari tidak selalunya akan ada menerangi bumi..
DAN...
Sebegitulah juga dengan kehidupan..
Tidak akan selalunya indah,
Pasti ada pahitnya,
Itu adalah kerana untuk membimbing seseorang bersyukur apa yang sudah dimiliki.

Cinta & Kekecewaan
Itu adalah lumrah..
Kerna bagi aku..
Setiap orang yang bercinta pasti akan merasa kecewa kerna tiada seorang pun didunia ini yang sempurna,
Dan setiap orang ada kemahuan yang tersendiri, tidak semestinya pasanganya akan dapat memberikan apa yang dimahukanya..

Tetapi..
Disebabkan tidak sempurnalah, adanya pasangan untuk menyempurnakan apa yang tidak sempurna itu..

Sungguhpun aku menolak kamu jauh-jauh dari hidupku..
Tapi susah untuk membohongi kamu, hati ini masih lagi tertulis namamu..
Biarpun aku menafikan tidak memikirkan kamu..
Tapi kenangan bersama kamu itulah yang bertandang difikiranku..
Sehinggakan permata jenih tidak lagi dapat ditahan..
Setiap detik bersama kamu, aku rasakan seperti semalam sahaja berlalu..
Sungguh kuat cintaku untukmu..

Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan..
Hanya mampu berdoa agar cinta kita akan bersatu suatu hari nanti...
Jika itu tertulis untuk^ku..dengan rela hati aku menerimanya.
Tidak sesiapa pun akan mampu untuk memisahkannya..



1 ulasan: