Rabu, 23 Mei 2012

mencari-cari Akan 1 Rasa Itu

Ooowh...bila hati bersuara..
Jari jemari menari-nari di atas keyboard, menaipkan setiap baris perkataan yang dirasakan..

Semakin aku cuba untuk melakukan itu,
Semakin dekat-dekat rasa itu padaku...

Rasa rindu..
Rindu akan seseorang..
Seseorang yang mampu mengegarkan hidupku,
Mampu menjatuhkan aku dalam setiap apa yang aku mahu lakukan.

Puas membuatkan diri sibuk akan kerjayaku,
tapi..
Bila saja aku duduk merehatkan diri, pasti..
Pasti!! bayanganmu bermain-main dimindaku,
Seakan ada 1 cerita yang menarik sedang aku tontonkan di panggung wayang.

Lantas bila itu berlaku,
Permata jernih akan bertakung setiap ruang mataku,
Biarpun aku menjerit kuat-kuat supaya jangan jatuh ke pipi,
Tapi itulah yang berlaku..

Kadang lenaku bertemankan air-air yang menitis kepipi,
Sehinggakan masuk dalam lenaku,
Mimpi ngeri akan kamu,
Sehinggalah bagun pagiku yang bermain dimindaku hanya cerita bersamamu.

Kemana lagi mahuku lari,
Sedangkan setiap larianku,
Aku merasakan kamu mengejar-ngejarku.

Bantulah aku..
Bantu aku lupakan kamu..
" datang padaku,lihat jauh ke dalam mataku,lihatlah dengan kasih yang tinggal,
 renunglah selama mana yang mungkin, dan diam-diam terus katakan cinta kita sudah lama berakhir, tiada lagi kasih sayang darimu untuk ku"

Aku hanya mampu memandang sepi dalam diriku kini,
Membiarkan detik waktu yang masihku ada dipenuhi dengan kesibukan yang kucinpta,
Membiarkan sekeping hati lara terbang melayang dengan kekecewaan yang berpanjangan.

p/s:- penulisanku ini bukan meminta simpati, hanya melapang jiwa yang agak sensara.
        kerna dari penulisan ini diriku terasa agak tenang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan